Tutup sempadan jika kes harian lepasi 10,000: Pakar epidemiologi

January 13, 2022 · Isu semasa

Seorang pakar epidemiologi mencadangkan Malaysia menutup semula pintu sempadan sekiranya jangkitan Covid-19 meningkat, terutama susulan penularan varian Omicron yang lebih pantas menjangkiti.

Prof Madya Dr Malina Osman dari Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi cadangan penutupan sempadan itu sebagai salah satu usaha mengekang penularan Covid-19 yang mula merebak di negara ini sejak awal 2020.

“Penutupan sempadan antara salah satu langkah yang boleh mengelakkan daripada kes meningkat sehingga 10,000 kes sehari,” katanya dipetik daripada laporan Utusan hari ini.

Setakat ini, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dan larangan ke negara berisiko mencukupi tetapi ia mungkin perlu diperketat jika berlaku ledakan kes dan sistem kesihatan dikompromi, katanya.

Pada masa sama beliau berkata kerajaan perlu terus memberi perhatian kepada pergerakan jemaah umrah, kerana didakwa ada yang tidak mematuhi prosedur operasi standard.

Semalam, kerajaan memutuskan pengembara yang pernah dijangkiti Covid-19 dan telah lengkap vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin wajib setibanya di Malaysia, namun masih perlu melakukan ujian pengesanan wabak menggunakan RTK antigen (Ag) di pintu masuk antarabangsa (PMA), berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun, pengembara yang belum menerima vaksinasi lengkap atau tidak divaksin, mereka akan menjalani kuarantin wajib tujuh hari di stesen kuarantin setibanya di negara ini serta melakukan ujian pengesanan Covid-19. Berita berkaitan

Sementara itu, ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan langkah kerajaan membenarkan individu tidak divaksin masuk ke negara ini, walaupun mereka dikehandaki menjalani kuarantin wajib.

Mereka menyifatkan rakyat sendiri seperti dianaktirikan apabila perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat, manakala rakyat asing yang tidak divaksin, bebas ke mana sahaja.

Berita berkaitan
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok