Tutup sekolah langkah terakhir jika Covid-19 makin teruk

February 8, 2022 · Isu semasa

Penutupan semula sekolah akan menjadi langkah terakhir yang akan diambil kerajaan jika jangkitan Covid-19 dalam sektor itu semakin teruk, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Ini kerana katanya, tindakan menutup sekolah akibat akan memberi kesan kepada pembangunan sahsiah dan intelek pelajar, lapor Bernama, semalam.

Bercakap pada sidang media mengenai Covid-19, beliau berkata ketika ini Kementerian Kesihatan (KKM) masih memantau perkembangan situasi dan risiko penularan wabak itu di sekolah.

“Pandangan KKM, buat masa ini kita buat penilaian risiko di peringkat sekolah. Mereka yang positif Covid-19 jangan hadir ke sekolah dan sekiranya ada keperluan, kita minta hanya kelas yang tutup bukan satu sekolah kerana ia akan memberi kesan kepada pembangunan sahsiah dan intelek mereka,” katanya.

Menurut Khairy, sebahagian besar kes Covid-19 yang dilaporkan di peringkat sekolah adalah sama ada tidak bergejala atau bergejala ringan dan buat masa ini tiada kes Kategori Empat dan Lima dilaporkan.

Katanya, peningkatan kluster pendidikan turut disumbangkan oleh pelajar sekolah berasrama dan KKM akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan bagi menambah baik prosedur operasi standard (SOP) di asrama.

Data KKM pada Minggu Epidemiologi kelima menunjukkan sebanyak 52 kluster atau 58.4 peratus daripada 89 kluster baharu merupakan kluster pendidikan.

Ketika ditanya mengenai SOP solat di masjid, Khairy berkata KKM buat masa ini menumpukan perhatian terhadap penularan varian Omicron dalam negara.

“Apa-apa pun perancangan KKM untuk ke arah keterbukaan yang lebih besar masih dalam perancangan, cuma kita nak dalam tempoh masa sebulan ini, kita nak selesai dulu bab Omicron ini dulu insya-Allah,” katanya.

Semalam, enam daripada 10 kluster baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam melibatkan kluster pendidikan.

Berita berkaitan
Zahid alu-alukan bekas ahli UMNO ke PAU yang turut dihadiri PMX dan DAP
23 jam lalu· Politik
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023· Politik
KJ bakal putuskan segera tawaran Muhyiddin
May 25, 2023· Politik
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
2 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
7 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
9 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
9 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok