Turun kadar pengangguran, buka peluang kerja fokus utama

February 13, 2022 · Isu semasa

Kerajaan akan terus memberikan fokus utama untuk menurunkan kadar pengangguran dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, sekali gus sebagai usaha memulihkan semula sektor ekonomi yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata komitmen itu antara lain dapat dilihat menerusi inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) yang menyediakan 600,000 peluang pekerjaan melibatkan peruntukan RM4.8 bilion.

Katanya inisiatif itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 19 Februari ini, lapor Bernama.

“Melalui Jabatan Perangkaan, kita telah mencatatkan penurunan kadar pengangguran pada Disember (2021) kepada 4.2 peratus berbanding 4.3 peratus pada November.

“Kita tahu pewujudan pekerjaan merupakan asas kepada pemulihan ekonomi kerana itulah penciptaan peluang pekerjaan ini merupakan antara fokus utama dalam belanjawan. Dalam Belanjawan 2021, kerajaan menyasarkan 500,000 peluang pekerjaan. Alhamdulillah, kita telah mencapai sasaran itu.

“Pada tahun ini, dengan mengambil semangat konsep JaminKerja, perdana menteri akan melancarkan program itu bagi menyediakan 600,000 pekerjaan, peningkatan 100,000 berbanding sasaran pada 2021,” katanya ditemui pemberita ketika melawat Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Kinabalu di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa.

Tengku Zafrul berkata kerajaan turut meneruskan program Mystep pada tahun ini dengan menawarkan peluang pekerjaan jangka pendek secara kontrak di sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran pencari kerja.

Beliau berkata kerajaan menyasarkan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi program itu pada tahun ini berbanding 50,000 pada tahun sebelumnya.

Dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul berkata kerajaan akan terus memberi bantuan kepada penggiat sektor pelancongan terutama di Sabah menerusi pelbagai inisiatif termasuk program subsidi upah bagi membolehkan mereka memacu semula pertumbuhan sektor berkenaan.

Menurutnya, banyak sektor ekonomi dalam negara menunjukkan pemulihan berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku keempat sebanyak 3.6 peratus yang diumumkan baru-baru ini, namun, sektor pelancongan masih belum ke arah itu.

“Kita dapat mencapai unjuran antara tiga hingga empat peratus bagi 2021. Pada tahun ini, unjurannya (KDNK) antara 5.5 hingga 6.5 peratus.

“Jika kita lihat, banyak sektor telah kembali pulih, tetapi sektor pelancongan belum lagi,” katanya sambil menambah kerajaan memperuntukkan pelbagai insentif untuk sektor pelancongan dalam Bajet 2022 berjumlah RM1.6 bilion.

Katanya penggiat pelancongan di negeri itu antara lain berharap bantuan kerajaan diberikan secara bersasar, dan pada masa yang sama, berharap kerajaan dapat membuka semula sempadan untuk membolehkan kehadiran lebih ramai pelancong asing ke Sabah.

Berita berkaitan
Bagaimana untuk memilih broker forex yang boleh dipercayai di Malaysia
September 20, 2022· Rencana
Kerajaan tak tentukan kenaikan OPR, kata Menteri Kewangan
September 17, 2022· Isu semasa
11 mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja tiba di KLIA2
September 16, 2022· Isu semasa
Kejatuhan ringgit tidak menyebabkan krisis ekonomi bagi Malaysia: Tengku Zafrul
September 13, 2022· Isu semasa
Popular
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
6 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
7 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
7 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok