Tuntutan RM300 juta: Empat dibebas dengan jaminan SPRM

June 22, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini membebaskan empat individu yang sebelum ini ditahan kerana disyaki bersubahat dalam membuat tuntutan palsu berkaitan projek pembangunan di Pantai Timur yang bernilai lebih RM300 juta.

Semuanya dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, lapor Bernama.

Peguam Vivek Sukumaran yang mewakili keempat-empat suspek berkata selepas mendengar bantahan serta hujahan beliau, perintah tersebut dikeluarkan berikutan tempoh reman selama enam hari ke atas kesemua yang berusia 28 hingga 48 tahun berakhir hari ini.

“Sekarang status kes ini masih lagi dalam siasatan, jadi tidak ada pertuduhan berlaku lagi. Tiada permohonan sambung reman dibuat kerana semua pihak memberikan kerjasama penuh kepada SPRM.

“Saya harap semua pihak jangan buat sebarang spekulasi lagi. Beri ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Kuala Terengganu hari ini.

Bagaimanapun, Vivek enggan mendedahkan jumlah wang jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah.

Menurut laporan sebelum ini, seorang pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam bidang hartanah adalah antara empat individu ditahan kerana disyaki bersubahat dalam membuat tuntutan palsu berkaitan projek pembangunan di Pantai Timur yang bernilai lebih RM300 juta.

Tiga lagi yang ditahan adalah pengarah syarikat, pengurus projek dan arkitek daripada syarikat kontraktor dan juruperunding.

Berita berkaitan
C4 bidas PMX lagi lantik Azam Baki, tak faham kenapa masih disambung lantikan
24 jam lalu· Politik
Dana judi : Parti politik disiasat jangan panik, kata Azalina
June 2, 2023· Politik
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
June 2, 2023· Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023· Isu semasa
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
2 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
7 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
9 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
9 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok