Tunggu masa harga beras naik : pemborong

June 25, 2023 · Isu semasa

Pemborong-pemborong beras mendakwa sudah mendapat surat daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berhubung kenaikan harga borong beras tempatan (super spesial tempatan – SST) kepada RM2,250 bagi satu metrik tan.

Sumber memberitahu, surat yang bertarikh 16 Jun 2023 itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, Bahagian Pembangunan Industri Padi, Datuk Azman Mahmood.

“Secara logiknya, kalau kenaikan harga borong (beras) sudah diberikan kepada pemborong, bermakna pengguna juga bakal berdepan dengan kenaikan harga beras. Cuma tunggu masa sahaja.

“Kalau tidak, keuntungan pemborong, pembekal, peruncit akan merosot,” kata sumber lapor MalaysiaGazette.

Kelmarin, Pengarah Urusan Pasar Raya Besar Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin memberitahu harga runcit bagi beras putih import 10kg akan naik sekurang-kurangnya RM1 bulan depan.

Ameer juga berkata, pembekal sudah mula menjual beras putih tempatan, 5% Super Spesial Tempatan pada RM12.80, meningkat daripada RM12.50 untuk beras 5kg, bagi mengurangkan keuntungan peruncit.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mengulas kenyataan Ameer berkata pihaknya masih belum ada keputusan daripada kerajaan tentang harga beras pada masa ini.

Salahuddin berkata, pihaknya dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini kemudian, setelah bertukar nota.

Mengulas lanjut, sumber percaya penjelasan kenaikan harga beras tempatan akan dibuat selepas perintah harga kawalan beras dipinda oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tidak lama lagi.

Malah katanya, tidak logik jika pemborong membeli dengan harga yang mahal namun pengguna mendapat harga yang sama.

Dalam pada itu, sumber yang terlibat dalam industri beras negara turut mengesahkan akan berlaku perubahan beras tempatan, hanya menunggu masa sahaja.

“Dalam keadaan semasa, semua barang naik dan beras adalah barang keperluan yang terakhir naik.

“Kejatuhan ringgit turut menjadi faktor kenaikan ini, mengambil kira 60 peratus beras negara diimport,” katanya namun enggan mengesahkan harga baharu beras tempatan.

Pada masa ini harga beras tempatan yang kekal sekitar RM2.60 sekilogram.

“Kalau ia naik, harga baharu (kenaikan) tidak melepasi lebih RM1,” kata sumber itu lagi.

Berita berkaitan
Subsidi dan kawalan harga ayam berakhir pada Rabu ini
October 30, 2023· Isu semasa
Spekulasi syarikat kerajaan negeri sorok beras adalah palsu
October 12, 2023· Isu semasa
Gagal tangani isu bekalan barang, MP Tanjung Karang minta Mat Sabu letak jawatan
October 11, 2023· Politik
Kenaikan harga beras turut dirasai negara lain: Mat Sabu
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
7 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
7 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
7 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
7 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
9 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok