Tunggu data lengkap baru beri vaksin kepada kanak-kanak: Khairy

September 1, 2021 · Isu semasa

Pemberian vaksin kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun hanya akan dibuat setelah kerajaan memperoleh data lengkap yang menyokong langkah itu adalah selamat.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata Kementerian Kesihatan (KKM) belum memuktamadkan sebarang keputusan memberi vaksin kepada golongan berkenaan.

Menurutnya, agensi pengawal selia ubat-ubatan pelbagai negara, termasuk Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Agensi Perundangan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) United Kingdom, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (FDA), sedang melakukan kajian.

“KKM masih belum memuktamadkan keputusan untuk memberikan vaksin kepada kanak-kanak bawah usia 12 tahun.

“Ketika ini kajian sedang dijalankan Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal pelbagai negara termasuk di negara ini.

“Sebaik kita memperoleh data lengkap yang menyokong bahawa pemberian vaksin terhadap kanak-kanak adalah selamat, kita akan bawa ia kepada jawatankuasa kerja pakar vaksinasi untuk dipertimbangkan dan keputusan mengenainya dibuat,” katanya pada sidang media hari ini.

Pada masa sama, Khairy berkata, beliau dimaklumkan dalam rundingan bersama firma farmasuetikal Pfizer, syarikat itu berkemungkinan mengeluarkan vaksin yang dikhaskan untuk kanak-kanak.

Katanya, vaksin itu akan mempunyai kadar dos berbeza dengan vaksin yang digunakan ketika ini untuk golongan dewasa.

Selain itu, Khairy berkata, KKM berharap cadangan daripada jawatankuasa pakar mengenai vaksinasi Covid-19 penghujung bulan ini membabitkan pemberian dos penggalak.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Kes Hakim Syarie berbogel, polis dalam proses rakam keterangan saksi
January 13, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
19 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
24 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok