Tunggu dasar dan garis panduan KDN berhubung kebenaran jual bunga api, mercun

February 4, 2023 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu dasar dan garis panduan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung kebenaran aktiviti pembakaran serta penjualan bungai api dan mercun.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan memberi kebenaran penjualan bunga api dan mercun selepas Kabinet memutuskan perkara tersebut dalam mesyuarat baru-baru ini.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata PDRM mengikuti apa jua garis panduan dan dasar yang ditetapkan KDN berikutan pelaksanaan perkara tersebut demi menjamin keselamatan orang ramai, menurut laporan Bernama.

“Saya baru tahu tentang perkara ini dan saya menunggu apakah dasar daripada KDN berikutan pelaksanaan perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir program Hiking Polis Diraja Malaysia Bersama Komuniti Peringkat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Taman Persekutuan Bukit Kiara, di sini, hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun dalam negara akan dibenarkan tidak lama lagi, tertakluk kepada peraturan serta garis panduan baharu yang akan dikeluarkan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dilaporkan berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri dua hari lepas, sebagai antara langkah yang boleh meningkatkan pendapatan negara dan kerajaan akan mengawal aktiviti penjualannya di peringkat sumber iaitu pemborong dan pengimport.

Turut hadir pada program itu Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim.

Mengenai acara yang melibatkan kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada anggota polis serta masyarakat setempat Bukit Kiara dan wakil penduduk sekitar, Acryl Sani berkata ia merupakan inisiatif pihaknya untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat.

Ditanya mengenai isu seorang wanita tidak dibenarkan memasuki balai polis kerana tidak menepati etika pemakaian, beliau berkata kod etika pemakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan harus dipatuhi namun ia diberikan kelonggaran sekiranya terdapat sebarang hal kecemasan.

Beliau berkata dalam arahan Ketua Setiausaha Negara, memang ada arahan mengenai tatacara berpakaian apabila berurusan di pejabat kerajaan namun ketua jabatan atau agensi masing-masing dengan budi bicara akan menentukan bentuk tatacara berpakaian yang akan dilaksanakan.

“Pejabat kerajaan ini merupakan pejabat yang ramai orang berurusan. Pelbagai lapisan masyarakat ada di situ, jadi kita ingin menunjukkan kepada masyarakat bahawa jabatan kerajaan ini adalah tempat yang masyarakat berurusan dalam keadaan tertib dan sopan.

“… tetapi dalam keadaan kecemasan, mungkin ia boleh dibuat kelonggaran. Kita harus melihat apa bentuk kecemasan tersebut atau kecemasan itu boleh diberi kelonggaran,” katanya.

Terdapat laporan media, seorang wanita yang mahu membuat laporan polis berikutan kemalangan kereta mendakwa tidak dibenarkan masuk ke balai polis Kajang kerana memakai seluar pendek.

Wanita berkenaan kemudian meminta kakaknya untuk membawakan sepasang seluar panjang dan barulah dibenarkan masuk ke balai itu.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok