Tunggakan cukai RM1.69 bilion, Najib mohon batal notis bankrap

June 2, 2021 · Isu semasa

Selepas gagal membayar tunggakan cukai tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Najib Razak bertindak memohon membatalkan notis kebankrapan yang dikenakan terhadap dirinya.

Bekas Perdana Menteri itu mengemukakan permohonan itu atas alasan notis yang dikeluarkan LHDN bertarikh 4 Feb lepas adalah berniat jahat, menindas dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Dalam permohonan tersebut, Najib menyifatkan notis tersebut adalah usaha yang bertujuan untuk merosakkan karier politiknya, lapor Bernama.

Hari ini kes itu ditetapkan untuk pengurusan secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ida Rahayu Sharif.

Peguam Najib, Wee Yeong Kang ketika dihubungi memaklumkan pemberita bahawa permohonan itu telah difailkan pada 31 Mei lepas.

“Permohonan untuk menggantung prosiding kebankrapan itu turut difailkan pada tarikh sama (31 Mei) sementara menunggu pelupusan kes rayuan Najib di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan.

“Mahkamah menetapkan 22 Julai depan untuk pengurusan kes selanjutnya,” kata beliau.

Prosiding itu turut disertai Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus dan Peguam Hasil Muhammad Nabil Abdul Halim yang bertindak bagi pihak LHDN.

Kerajaan, melalui LHDN, memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Feb lepas terhadap Najib selaku penghutang.

Berdasarkan notis itu, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Feb 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Feb 2021, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.

Pada 22 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan yang menetapkan 16 Jun ini untuk pendengaran.

Mengikut Seksyen 103 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran tersebut kepada LHDN walaupun rayuan difailkan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
December 1, 2022· Isu semasa
Pinda laporan 1MDB: Najib bela diri atau bebas diketahui 30 Januari
November 15, 2022· Isu semasa
Najib belanja RM1.2 juta di hotel Trump pada 2017, pilih bilik mewah
November 15, 2022· Isu semasa
Saya terima elaun 1MDB lebih RM500,000, kata Irwan Serigar
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
2 jam lalu · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
4 jam lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
9 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
17 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
17 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok