Tun Sakaran Dandai meninggal

Bekas Yang Dipertuan Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai, 91, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, sekitar jam 6 pagi tadi akibat kompilasi Covid-19.

Anak ketiganya Datuk Seri Nasir mengesahkan pihak hospital mengubungi keluarga mereka.

“Jenazah akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan,” katanya.

Allahyarham, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dimasukkkan ke hospital swasta berkenaan sejak 18 Ogos lalu akibat jangkitan Covid-19 dan beliau kemudiannya di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 24 Ogos lalu.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan 12 orang anak.

Tun Sakaran juga merupakan bapa saudara kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal.

POPULAR