Tun M kayuh gerek di Putrajaya

February 20, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semakin kelihatan ceria dan bersemangat untuk terus sihat, apabila melakukan senaman untuk memulihkan kesihatannya yang terjejas sejak awal tahun ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi beliau hari ini, Dr Mahathir bersukan dengan cara mengayuh basikal, setelah sebelum ini beliau berjalan kaki di sekitar Tasik Putrajaya.

Kata Dr Mahathir:

“Di Tasik Putrajaya pagi tadi, kayuh semula setelah beberapa bulan tak dapat kayuh gerek. Gerek ni perkataan Kedah untuk basikal. Saya tengok ramai yang amal gaya hidup sihat, alhamdulillah dan tahniah.

“Saya pilih Tasik Putrajaya, tapi tak ramai yang tahu lanskap tasik ini sebenarnya diinspirasi daripada Lake Como di Italy, dengan perumahan di sekitarnya mengindahkan suasana.”

Dr Mahathir menggunakan basikal dua kayuhan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Human Voyage Datuk Abdul Malik Mydin, duduk di depan.

Bekas Perdana Menteri Malaysia dua kali itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif sehari selepas itu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari 2022.

Bagaimanapun, 22 Januari lalu beliau sekali lagi dimasukkan ke IJN dengan laporan awal mengatakan keadaannya membimbangkan.

Beliau sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Koronari IJN, kini ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya.

Sebelum ini, beliau menyifatkan apa yang dialaminya ketika dimasukkan ke IJN baru-baru ini, adalah serangan penyakit yang paling teruk baginya.

Sehinggakan katanya, beliau sudah tidak berharap akan pulih semula seperti sedia kala.

Namun katanya, hasil doa orang ramai serta rawatan yang diberikan pakar dari IJN, beliau kini sudah semakin pulih walaupun tidak sepenuhnya.

Berita berkaitan
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023· Politik
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023· Isu semasa
Hari Kebangsaan: Agong dan Permaisuri santuni rakyat pelbagai kaum
August 31, 2023· Isu semasa
Popular
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
9 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
18 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
18 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
18 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
4 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok