Tumpu pembaharuan Parlimen, tak terganggu cakap-cakap dibubar

September 25, 2022 · Isu semasa

Tan Sri Azhar Azizan Harun tidak terganggu dengan cakap-cakap mengenai pembubaran Parlimen, sebaliknya terus menumpukan perhatiannya kepada pembaharuan Dewan Rakyat.

“Anggaplah Parlimen akan diteruskan sehingga ia tamat secara semula jadi pada 16 Julai.

“Jika kita mempunyai itu sebagai andaian, kita mempunyai kira-kira 10 bulan lagi atau lebih,” kata Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam wawancara khas dengan The Star baru-baru ini.

Azhar berkata beliau ingin memperkukuh penggunaan atau memanfaatkan Jawatankuasa Pilihan Khas yang beroperasi secara “sepenuhnya sekarang”.

“Kami mempunyai sekretariat mini untuk setiap Jawatankuasa Pilihan Khas dan kesemua mereka telah bersidang dengan agak kerap,” katanya.

Beliau berkata jawatankuasa ini telah diterima baik oleh penjawat awam dan juga kementerian dan masing-masing telah memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Saya ingin mengukuhkannya lagi dalam tempoh 10 bulan akan datang supaya ia akan beroperasi pada tahap yang bermakna, bukan hanya pada peringkat politik.

“Maknanya, ada analisis dasar, apa yang kerajaan akan buat, ada kritikan membina, input. Jadi itu adalah hubungan yang bermakna. Saya ingin melakukannya,” katanya menurut akhbar berbahas Inggeris itu hari ini.

Beliau juga ingin melihat pembentangan dan kelulusan Akta Perkhidmatan Parlimen, yang bertujuan memberi kuasa autonomi kepada Dewan Rakyat untuk menentukan dasar dan pentadbirannya sendiri.

“Jadi kami sedang mengusahakan butiran mengenai apa yang perlu dilakukan. Jika kita mempunyai 10 bulan, saya ingin melihat perkara itu dibentangkan dan diluluskan kerana ia akan memberi kawalan kepada Parlimen mengenai bajet dan juga kakitangannya sendiri,” katanya.

Pada 3 Jun, Jemaah Menteri pada dasarnya bersetuju dengan cadangan reformasi Parlimen, termasuk pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Parlimen akan menikmati autonomi yang lebih besar berikutan usaha memulihkan Akta Perkhidmatan Parlimen, yang telah dimansuhkan pada 1993.

Sementara itu, Azhar berkata pindaan kepada Akta Dewan Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dan draf Kod Etika Ahli Parlimen juga diperlukan.

Ditanya mengenai tingkah laku ahli Parlimen tertentu dalam Dewan, beliau berkata secara umumnya majoriti ahli Dewan Rakyat tahu bagaimana untuk menjaga tingkah laku sendiri.

“Saya rasa semua ahli Parlimen tahu tugas mereka dan mereka tahu bagaimana untuk menjaga tingkah laku. Tetapi kadang-kadang, sudah tentu, naratif atau minat politik mengatasi isu yang dihadapi,” katanya.

“Jika anda bercakap tentang kelakuan tidak sopan, kami duduk selama kira-kira lapan hingga 10 jam sehari. Jika dilihat di Youtube, sudah tentu terdapat lebih kurang tiga hingga lima minit pertelingkahan.

“Kadang-kadang orang hanya melihat tiga hingga lima minit dan mereka mengatakan terdapat kelakuan tidak sopan, mengabaikan baki sembilan jam yang kelakuan baik.

“Jadi, jangan kita ‘menyapu cat dengan berus besar’, ia tidak bagus.

“Tetapi mesej saya ialah: Lihat, kita semua berada di Dewan Rakyat, kita sepatutnya berurusan dengan kepentingan dan dasar negara, jadi mari kita lakukan itu, mari kita kurangkan politik dalam perbahasan kita,” katanya.

Mengenai kerja-kerja pengubahsuaian di kawasan Parlimen, Azhar berkata kerja-kerja pengubahsuaian masih dijalankan.

“Pengubahsuaian ini sebenarnya telah dirancang dan diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Salah satu pengubahsuaian utama ialah tempat letak kereta, di mana idea di sebaliknya sudah tentu untuk mempunyai tempat letak kereta berbumbung, untuk memenuhi keperluan orang ramai, penjawat awam, wartawan dan kementerian berkaitan,” katanya sambil menambah bahawa pengubahsuaian akan dilakukan di bangunan menara utama, dewan sementara dan galeri Parlimen.

Azhar yang memakai baju batik ketika temu bual berkata, terdapat sambutan yang baik daripada semua pihak untuk memakai batik pada hari Khamis.

“Malah, saya rasa lebih 70 peratus ahli Parlimen akan memakai batik. Jadi sambutan yang amat menggalakkan dan ia perlu diteruskan kerana ia adalah salah satu pakaian kebangsaan kita,” katanya.

Pada 11 Oktober tahun lepas, Wan Junaidi membentangkan usul mengenai perkara itu di Dewan Rakyat yang diterima dan ahli Parlimen kini mempunyai pilihan untuk memakai batik setiap Khamis sebagai tanda sokongan kepada industri tempatan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
10 jam lalu· Politik
Calon BN yang kena tarik diri, kata calon PH di Padang Serai
November 28, 2022· Politik
Dua jawatan TPM, satu kepada BN dan GPS: Anwar
November 24, 2022· Politik
Presiden MCA terkilan pertemuan diatur dengan pemimpin PH dibuat Zahid
November 21, 2022· Politik
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
13 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
15 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
15 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
21 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok