Tular gambar Najib bersama Pengerusi NGO cadang namanya PM interim

August 14, 2021 · Isu semasa

Tular beberapa keping gambar mesra Datuk Seri Najib Razak bersama Pengerusi Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) yang menghantar petisyen mencadangkan namanya sebagai Perdana Menteri interim di Istana Negara hari ini.

Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, Syed Muhammad Imran S N Syed Abdul Aziz dikenalpasti sebagai individu yang sering berdamping dengan Najib semasa di mahkamah dan juga merupakan penyokong tegarnya.

Bagaimanapun, Najib yang terharu berkata tidak pernah berhubung dengan NGO tersebut namun daripada gambar yang tular menceritakan situasi sebaliknya.

“Saya berterima kasih pada NGO itu sebab mengambil berat pada saya, tetapi saya tak pernah berhubung dengan mereka dan tidak diberitahu tentang petisyen mereka kepada Istana Negara pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di Facebook semalam selepas mendapat tahu tindakan NGO itu.

Semalam, Syed Muhammad Imran berkata tindakan diambil NGO tersebut bertujuan untuk menyelamatkan negara yang sedang berdepan krisis politik dan mempunyai pengalaman memimpin negara.

“Ini peluang untuk selamatkan Malaysia,” katanya dipetik sebuah portal.

Tindakan UMNO yang tidak mencalonkan Najib sebagai calon PM menyebabkan kumpulan itu bertindak mengambil inisiatif sendiri menghantar petisyen tersebut.

Najib sebelum ini didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta daripada syarikat kerajaan SRC International Sdn Bhd.

Najib merayu terhadap sabitan itu di Mahkamah Persekutuan.

Najib juga berdepan perbicaraan lain melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pertuduhan meminda laporan audit berkaitan 1MDB selain tuntutan cukai RM1.69 billion daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

14 MP UMNO termasuk Najib diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang merancang bersama blok pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta parti kecil lain yang cuba menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini.

Setelah beberapa kali gagal untuk menumbangkan kerajaan PN, kumpulan Zahid dan Anwar dilaporkan mengutus surat terbaharu kepada Yang di-Pertuan Agong mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai majoriti.

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan rancangan Muhyiddin untuk mengemukakan usul percaya terhadap kepimpinan beliau bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri yang memiliki majoriti Parlimen.

Usul itu dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang bakal bermula 6 September ini.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok