Tular gambar Mat Sabu dengan ahli perniagaan, misi ‘telur ayam’?

March 10, 2023 · Isu semasa

Tular dalam media sosial selepas sebuah blog mengeluarkan gambar Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bersama seorang ahli perniagaan terkenal.

Gambar disiarkan blog “Checkmatebro” itu kelihatan Mohamad atau dikenali Mat Sabu bersama Deepak Jaikishan dan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan didakwa di lapangan terbang.

Blog itu mendakwa ketiga-tiga individu yang diambil gambar semasa penerbangan mereka ke Chennai, India, pada Januari untuk bertemu pembekal bagi menangani kekurangan telur ayam di Malaysia.

“Adakah benar Mat Sabu membawa Deepak dan Saravanan bersama melawat ladang ayam di India? Jika ya, mengapa? Apakah peranan mereka?” blog itu bertanya.

Sebuah portal, MalaysiaNow cuba mendapatkan maklum balas daripada Mohamad dan Deepak, tetapi tidak berjaya.

MalaysiaNow juga telah menghubungi Saravanan untuk mendapatkan komen.

Awal bulan ini, Mohamad memberitahu Dewan Rakyat bahawa hanya sebuah syarikat dianugerahkan permit khas untuk mengimport telur dari India sehingga Jun tahun ini.

Tindakan itu telah mendapat kritikan daripada Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, yang mempersoalkan kualiti telur yang diimport.

Kenyataan Wee, yang dibuat di Dewan Rakyat atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Ayer Hitam, diikuti dengan surat tuntutan daripada firma guaman yang mewakili pengimport telur J&E Advance Tech Sdn Bhd.

Nama Deepak sebelum ini menjadi tumpuan umum selepas dakwaannya bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Beliau juga menyaman Najib dan Rosmah atas dakwaan konspirasi yang didakwanya menyebabkan beliau mengalami kerugian.

Berita berkaitan
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
20 jam lalu· Politik
Isu cukai Yayasan AlBukhary, Guan Eng baharu nak saman Muhyiddin
March 27, 2023· Politik
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
March 26, 2023· Isu semasa
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
March 21, 2023· Isu semasa
Popular
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
10 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
10 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
10 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
13 jam lalu · Isu semasa
27 penyelidik IPTA, IPTS terima geran penyelidikan MASA
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok