Tujuh negeri rekod peningkatan kes baharu Covid-19 hari ini

Sebanyak 22,070 lagi jangkitan baharu dikesan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, dengan tujuh negeri mencatatkan peningkatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka baharu itu menjadikan kumulatif keseluruhan kes positif sejak Covid-19 melanda negara pada awal tahun lalu kepada 1,662,913 kes.

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian kesihatan hari ini, Sarawak, Perlis, Melaka, Kedah, Labuan, Kuala Lumpur, dan Putrajaya mencatatkan peningkatan berbanding kes yang dilaporkan semalam.

Sarawak mencatatkan 2,224 kes baharu berbanding 2,024 semalam diikuti Kuala Lumpur (1,068 kes baharu, 881 semalam); Kedah (2,072 kes baharu, 1,538 semalam); Melaka (589 kes baharu, 515 semalam); Perlis (76 kes baharu, 67 semalam); Putrajaya (39 kes baharu, 20 semalam); dan Labuan (8 kes baharu, 3 semalam).

Selangor, walaupun turun, namun kekal merekodkan jumlah tertinggi iaitu 5,920 kes baharu berbanding 6,936 kes yang dicatatkan semalam.

BERITA BERKAIT
POPULAR