Tujuh negeri catat pemberian vaksin melepasi sejuta dos hingga 30 Julai

July 31, 2021 · Isu semasa

Jumlah pemberian dos vaksin Covid-19 di seluruh negara sejak Program Imunisasi Civid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan awal tahun ini sehingga Jumaat 30 Julai 2021, mencecah lebih 20 juta.

Menerusi data dikongsi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) daripada jumlah itu 13,500,479 suntikan dos pertama diberikan manakala 6,514,070 penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kekal merekodkan jumlah tertinggi pemberian vaksin iaitu sebanyak 7,679,300 membabitkan 5,565,789 penerima dos pertama dan 2,113,511 melengkapkan dos kedua.

Negeri lain ialah Sarawak sebanyak 2,974,559 dengan 1,698,622 dos pertama dan 1,275,937 dos kedua, diikuti Johor, 1,508,923 suntikan (1,078,414 dos pertama dan 430,509 dos kedua).

Sementara itu, data JKJAV juga menunjukkan tiga negeri lagi merekodkan pemberian vaksin Covid-19 melepasi satu juta dos.

Sabah merekodkan pemberian vaksin sebanyak 1,193,908 dengan 802,770 suntikan dos pertama dan 391,138 penerima melengkapkan dos kedua.

Ini diikuti Perak sebanyak 1,187,137 dos membabitkan 744,713 suntikan dos pertama dan 442,424 penerima melengkapkan dos kedua.

Pulau Pinang pula mencatatkan pemberian 1,031,137 dos melibatkan 737,955 dos pertama dan 293,182 lagi penerima melengkapkan dos kedua.

Semalam sahaja sebanyak 512,097 dos vaksin diberikan kepada penerima membabitkan 315,737 dos pertama dan 196,360 dos kedua, dengan Selangor kekal tertinggi merekodkan 93,290 penerima suntikan pertama dan 66,351 dos kedua.

Data 30 Julai 2021

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
KKM beri peringatan jangan sertai perhimpunan haram
April 2, 2023· Isu semasa
Popular
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
9 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
18 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
18 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
18 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
5 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok