Tujuh kluster pendidikan dikesan semalam

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tujuh daripada 11 kluster baharu Covid-19 yang dikesan dalam tempoh 24 jam pada Khamis (3 Mac 2022), melibatkan pendidikan.

Laman sesawang CovidNOW kendalian KKM yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan empat kluster lagi – masing-masing dua tempat kerja dan pusat tahanan – turut direkodkan semalam.

Johor, Perak dan Selangor masing-masing merekodkan dua kluster pendidikan, manakala satu lagi kluster pendidikan dikesan di Melaka.

Kluster pendidikan di Johor melibatkan:

  • Kluster Tanjung Labuh, Batu Pahat – 36 kes; dan
  • Kluster Jalan Dato Syed Abdul Kadir, Kota Tinggi – 19 kes.

Kluster pendidikan di Perak pula ialah:

  • Kluster Batu 3 Jalan Pahang, Batang Padang – 10 kes; dan
  • Kluster Jalan Melati Slim, Muallim – 11 kes.

Di Selangor, kluster pendidikan membabitkan:

  • Kluster Batu 13 Jalan Cheras, Hulu Langat – 41 kes; dan
  • Kluster Jalan Kelapa Bali, Petaling – 6 kes.

Kluster pendidikan di Melaka pula melibatkan Kluster Lorong Bukit Piatu 15, Melaka Tengah dengan 31 kes positif Covid-19.

Sementara itu dua kluster pusat tahanan masing-masing direkodkan di Cheras, Kuala Lumpur membabitkan 11 jangkitan, dan di Raub, Pahang (41 kes).

Manakala kluster tempat kerja dicatat di Petaling dan Gombak, Selangor membabitkan 11 kes, dan Sabak Bernam (10 kes).

BERITA BERKAIT
POPULAR