Tujuh kluster baharu hari ini

October 10, 2021 · Isu semasa

Jumlah kluster baharu Covid-19 yang dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun lagi kepada tujuh kluster berbanding 10 yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hanya satu kluster tempat kerja dikesan hari ini iaitu di daerah Baling dan Kuala Muda di Kedah membabitkan 26 jangkitan daripada 59 individu yang disaring.

Kelantan pula merekodkan empat kluster komuniti iaitu masing-masing dua di daerah Pasir Mas dengan 17 jangkitan daripada 19 yang disaring, manakala dua lagi kluster komuniti dikesan di Kota Bharu (23 individu daripada 35 yang disaring).

Daerah Maran di Pahang juga merekodkan satu kluster komuniti membabitkan 12 kes positif daripada 13 individu yang disaring.

Sementara itu Johor merekodkan dua kluster iaitu kumpulan berisiko tinggi di Muar membabitkan 20 individu daripada 38 yang disaring, dan kluster keagamaan di Kota Tinggi (sembilan individu daripada 40 yang disaring).

Sejak awal tahun lalu sehingga hari ini sebanyak 5,588 kluster Covid-19 dikesan di seluruh negara, di mana 4,778 daripadanya telah ditamatkan manakala 810 lagi masih aktif.

Sementara itu Dr Noor Hisham turut memaklumkan 10,959 pesakit Covid-19 disahkan sembuh hari ini menjadikan keseluruhannya sejak awal tahun lalu kepada 2,195,669 kes kumulatif atau 93.8 peratus daripada 2,339,594 kes kumulatif positif.

Menurutnya daripada 7,373 kes baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, 381 membabitkan bukan warganegara Malaysia.

“Daripada 7,373 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 133 kes atau 1.8 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; manakala 7,240 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan 762 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 702 kes disahkan dijangkiti Covid-19, manakala selebihnya masih dalam siasatan.

Sebanyak 410 kes pula memerlukan alat bantuan pernafasan. Daripada jumlah itu, 293 disahkan positif Covid-19, dan selebihnya masih dalam siasatan.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Najib terkejut tak dapat tangguh perbicaraan, permohonan ditolak
August 16, 2022
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Sedia berdepan jika didakwa di mahkamah, kata Hishammuddin
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,429 kes, 9 kematian dan empat kluster baharu Covid-19 semalam
45 minit lalu · Isu semasa
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
9 jam lalu · Isu semasa
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
12 jam lalu · Isu semasa
13 individu dipanggil polis berhubung himpunan bantah skandal LCS
13 jam lalu · Isu semasa
Senator gesa tubuh RCI siasat skandal LCS, nyahklasifikasi dokumen sulit
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok