Tujuh kematian semalam, kes aktif hampiri 60,000

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 di seluruh negara sejak wabak itu melanda negara awal 2020 lalu, meningkat sedikit apabila tujuh pesakit meninggal dunia semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sehingga kini negara mencatat 31,985 kes kematian, termasuk 6,447 pesakit yang meninggal dunia sebelum sempat dirawat di hospital.

Menurut statistik laman sesawang Covidnow yang dikemas kini tengah malam tadi, lima negeri – Johor, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu – mencatat kes kematian semalam.

Johor dan Selangor masing-masing mencatat dua kes, manakala satu kes dilaporkan di Pahang, Perak dan Terengganu.

Hingga kini, 10 negeri kekal merekodkan kes kematian melebihi 1,000 dengan Selangor mencatat 10,059, diikuti Johor (3,919); Sabah (2,831); Kuala Lumpur (2,701); Kedah (2,186); Pulau Pinang (1,769); Sarawak (1,622); Perak (1,438); Negeri Sembilan (1,335); dan Kelantan (1,278).

Sehingga semalam negara merekodkan 2,876,324 kumulatif kes positif, dengan 2,787,187 pesakit telah sembuh, dan 57,152 kes masih aktif, bertambah 2,372 berbanding kelmarin.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 49,787 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 4,211 ditempatkan di PKRC; 3,041 dimasukkan ke hospital; dan 113 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 59 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selangor kekal menjadi negeri tertinggi mencatat jumlah kes positif iaitu sebanyak 816,973 kes dengan 791,829 pesakit telah sembuh, 10,059 kes kematian, dan 15,085 kes masih aktif.

Seramai 14,057 pesakit Covid-19 di Selangor menjalani kuarantin di rumah; 371 ditempatkan di PKRC; 637 dimasukkan ke hospital dan 20 dirawat di ICU, dengan sembilan daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 1 Februari 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR