‘Tugas berat’ nanti Nazir Razak di Bank Pembangunan Malaysia

April 22, 2021 · Isu semasa

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) berkuat kuasa Khamis.

Pelantikan itu sekali gus dilihat sebagai mengiyakan rancangan penggabungan empat institusi kewangan (DFI) yang akan diletakkan di bawah lambang BPMB.

Difahamkan, BPMB akan memimpin penggabungan ini, dengan mengambil alih Danajamin Nasional Bhd, Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank), seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2020 lalu.

Keempat-empat DFI telah disenarai pendek untuk penggabungan kerana dikendalikan oleh Menteri Kewangan Inc (MoF Inc).

Sementara BPMB, Exim Bank dan SME Bank dimiliki sepenuhnya oleh MoF Inc, Credit Guarantee Corp Bhd memiliki kepentingan 50 peratus dalam Danajamin, sementara 50 peratus selebihnya dipegang oleh MoF Inc.

Nazir adalah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap beberapa tuduhan jenayah.

Nazir dilaporkan menjadi pemain utama dalam penggabungan Bank Bumiputra Malaysia Bhd dan Bank of Commerce Bhd pada tahun 1999, membentuk Bank Bumiputra-Commerce di bawah Commerce Asset Holdings Bhd.

Penggabungan Bumiputra-Commerce juga mewujudkan bank Islam baharu, Bank Muamalat Bhd, yang diserahkan kepada Khazanah Nasional Bhd dengan wang tunai RM93 juta pada tahun yang sama.

Pelantikan Nazir di BPMB menggantikan Datuk Zaiton Mohd Hassan yang bersara pada Februari 2021 selepas berkhidmat selama dua tahun dijangka memperkukuhkan institusi kewangan itu.

Sementara itu, Nazir yang memiliki pengalaman bertahun-tahun dalam sektor kewangan bersyukur atas peluang yang diberikan untuk berkhidmat di institusi kerajaan.

“BPMB adalah institusi pembiayaan pembangunan utama yang ditugaskan untuk menyokong syarikat dan projek yang mempromosikan pertumbuhan sosio-ekonomi,” katanya.

Berita berkaitan
Bank milik Rusia diisytihar bankrap oleh Mahkamah Belanda
April 24, 2022· Dunia
Kes 1MDB: Pendengaran rayuan Najib dapatkan dokumen bank 10 Mei
March 17, 2022· Isu semasa
Pengguna ATM kena caj RM1 transaksi pengeluaran ATM bermula esok
January 31, 2022· Isu semasa
Pengubahan wang haram RM3.41 juta, bekas pengawai bank didakwa
December 13, 2021· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
2 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
3 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
3 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
3 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
4 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok