Tuduhan tahan jurutera warga China lapan jam tak benar: Imigresen

April 17, 2022 · Isu semasa

Jabatan Imigresen Malaysia menafikan menahan seorang ketua jurutera warga China selama lapan jam seperti dilaporkan sebuah portal berita semalam.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata sebaliknya urusan untuk memberikan Pas Khas kepada lelaki tersebut tidak dapat diteruskan kerana dia gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengemukakan dokumen yang diperlukan, lapor Bernama.

Beliau berkata lelaki tersebut juga gagal mengemukakan tiket penerbangan pulang dalam masa 30 hari dan tidak memuat naik keputusan kit saringan pantas (RTK) antigen COVID-19 dalam MySejahtera.

“Pas Khas tidak dapat dikeluarkan kerana menunggu syarikat majikan lelaki tersebut membeli tiket penerbangan pulang dan keputusan saringan dimuat naik ke dalam MySejahtera,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi jabatan berkenaan.

Beliau menjelaskan bagaimanapun setelah tiket penerbangan pulang yang sah dalam tempoh 30 hari telah dikemukakan dan keputusan saringan itu dimuat naik dalam MySejahtera, pihaknya telah mengeluarkan Pas Khas dan Memo Periksa Keluar selaras dengan peraturan dan undang-undang yang diperuntukkan.

Khairul Dzaimee berkata demikian ketika mengulas laporan kenyataan pemain industri perkapalan (Maritim Network) yang menganggap tindakan jabatan berkenaan menahan ketua jurutera warga China selama tempoh lapan jam itu tidak profesional.

“Orang ramai sama ada warga asing atau warga tempatan diingatkan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa serta menyediakan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan sebelum hadir berurusan di kaunter atau mana-mana pejabat Imigresen,” katanya.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang
May 3, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok