Tuduhan Siti Mariah vaksin tak dihantar ke Selangor tidak betul, kata Khairy

June 28, 2021 · Isu semasa

Dakwaan mengatakan kerajaan pusat melengahkan bekalan vaksin kepada Selangor tidak benar sama sekali, sebaliknya vaksin yang dihantar masih belum digunakan sepenuhnya, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu menafikan dakwaan dilemparkan Exco Kesihatan Selangor Dr Siti Mariah Mahmud berhubung isu bekalan vaksin baru-baru ini, walhal realitinya hanya Selangor sahaja masih di tahap bawah 80% dalam penggunaan vaksin ketika ini.

“Saya minta Selangor cepatkan kadar penggunaan vaksin, jadi tuduhan vaksin tidak dihantar tidak betul,” katanya dipetik semasa sidang media hari ini.

Terdahulu, Khairy melawat pusat pemberian vaksin (PPV) baharu di Tanjung Karang, Selangor.

Jelasnya lagi, Selangor masih memiliki baki suntikan vaksin dalam simpanan mereka dan setakat semalam sahaja, mereka sudah menerima 1.36 juta dos vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca.

Daripada jumlah tersebut, hanya 76% sahaja diberikan, dengan baki sebanyak 322,605 dos lagi.

Menurut Khairy, Siti Mariah juga tidak hadir dalam mesyuarat bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang memaklumkan negeri itu mempunyai kapasiti untuk memberikan 40,000 suntikan harian bagi Jun.

“Exco Kesihatan tak hadir sewaktu mesyuarat saya dengan Menteri Besar, di mana kerajaan negeri beritahu ia mampu berikan 40,000 suntikan sehari.

“Jadi kami bekalkan kepada mereka mengikut kapasiti itu,” kata Khairy.

Beliau berkata dalam mesyuarat bersama Amiruddin, mereka bersetuju supaya kapasiti vaksinasi di Selangor mesti melebihi 100,000 suntikan bagi Julai.

“Saya harap selangor dapat capai kapasiti 100,000 sehari mulai julai,” katanya.

“Untuk Julai, kita tingkatkan 130,000 dos sehari di Selangor.”

Beliau berkata Melaka merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 94%, disusuli Terengganu dan Negeri Sembilan dengan 92% penggunaan.

Beliau berkata Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sedang meningkatkan penggunaan vaksin di setiap negeri mencapai sasaran 90% bermula bulan depan.

Semalam, Siti Mariah membidas Khairy dengan mendakwa Selangor mungkin berdepan masalah bekalan vaksin.

Siti Mariah berkata beberapa PPV di negeri itu mungkin terpaksa ditutup tidak lama lagi sekiranya Selangor tidak mendapat bekalan baru secepat mungkin.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
3 jam lalu · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
4 jam lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
10 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
18 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
18 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok