Tuduh Pusat beli vaksin mahal, tapi Selangor jual vaksin lagi mahal

May 30, 2021 · Isu semasa

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim mendedahkan rancangan kerajaan PKR Selangor mengenakan bayaran yang tinggi bagi mendapatkan suntikan dua dos vaksin Covid-19 – AstraZeneca.

Beliau membidas langkah itu kerana sebelum ini pembangkang menuduh Kerajaan Pusat membeli vaksin Covid-19 dengan harga yang mahal, tetapi sekarang kerajaan PKR Selangor sendiri mengenakan caj yang lebih mahal.

“Kami mendapati mereka merancang mengenakan RM180 satu dos, RM380 untuk 2 dos vaksin, sedangkan vaksin yang sama dibeli oleh kerajaan (Pusat) dengan kos tidak sampai 1/3 dari apa yang dilaporkan mahu dikenakan.

“Aneh di sebalik mempertikaikan pelbagai usaha vaksin dilaksanakan oleh kerajaan, membuat dakwaan boleh mendapatkan sendiri vaksin, memfitnah kerajaan kononnya kos pembelian vaksin oleh kerajaan adalah mahal,” katanya dipetik daripada tulisannya dalam Harakah.

Beliau dipercayai merujuk perkara itu berkaitan program SELangkah yang dilancarkan kerajaan PKR Selangor baru-baru ini.

Menerusi aplikasi itu, Syarikat Selgate Corporation Sdn Bhd akan berurus niaga dalam pembelian vaksin yang kemudian dijual kepada pihak kilang untuk disuntik kepada pekerja mereka, bukan diberikan percuma kepada rakyat negeri tersebut walaupun setiap hari merekodkan jangkitan harian tertinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud sebelum ini mendakwa pihak kilang sanggup membeli vaksin melalui kerajaan negeri.

Mengulas lanjut Ahmad Amzad turut mengecam perbuatan tidak beretika pihak pengurusan aplikasi SELangkah yang mendaftar nama orang ramai tanpa kebenaran individu terbabit bagi mendapatkan AstraZeneca.

“Terdapat pendaftaran dalam jumlah yang ramai namun daripada satu sumber sahaja. Lebih parah, terdapat individu yang tidak memberikan kebenaran mendaftar dan ini sangat tidak beretika.

“Walaupun pendaftaran vaksin amatlah digalakkan, sistem sedia ada yang diamalkan oleh negara ketika ini adalah Opt-in. Mendaftarkan individu untuk menerima vaksin tanpa kelulusan individu adalah tidak beretika,” katanya.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu juga berkata perbuatan itu menyebabkan sistem teknologi pendaftaran tersekat sehingga menutup peluang orang ramai yang menggunakan telefon pintar untuk mengakses dan mendaftar sendiri.

“Kita mengesan pendaftaran dalam jumlah yang ramai ini dilakukan melalui aplikasi SELangkah milik Kerajaan Selangor. Kami memandang serius mengenai etika ini dan mengharapkan kerajaan mengambil tindakan yang serius terhadap apa yang berlaku,” katanya.

Berita berkaitan
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Rakyat bimbang keadaan ekonomi, tahap kepuasan terhadap PMX merosot: Merdeka Center
November 22, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok