Tubuh Mahkamah Anti Rasuah: Rais

August 4, 2022 · Isu semasa

Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Tan Sri Rais Yatim mencadangkan Mahkamah Anti Rasuah diwujudkan secara khusus bagi meningkatkan persepsi masyarakat terhadap usaha kerajaan membanteras jenayah berkenaan dalam negara ini.

Menurutnya penubuhan itu penting kerana persepsi tersebut semakin meleset, sekali gus usaha berkenaan dapat membantu kerajaan meraih sokongan membabitkan semua pihak termasuk pada peringkat eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Beliau berkata langkah itu juga merupakan antara cadangan dikemukakan dalam Buku Laporan Tahunan JKMR Tahun 2020 yang diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di bangunan Parlimen, hari ini (4 Ogos 2022).

“Mahkamah mengenai rasuah perlu diwujudkan di negara ini secara khusus dari Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, dengan hakim-hakim berpakaran tidak ditukar ganti mengikut musim.

“Ini akan memberi satu suasana ketetapan, kepakaran, juga kejituan mahkamah khusus mengenai rasuah. Ini berkait langsung dengan kedudukan Malaysia pada hari ini yang didapati kian lama kian menurun persepsinya,” katanya menurut Utusan.

Rais yang juga Yang Dipertua Dewan Negara menambah, cadangan mewujudkan mahkamah itu berkait langsung dengan kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 negara yang terus jatuh ke tangga 62.

“Justeru ini perlu diambil kira. Kami telah kemukakan dan ini merupakan salah satu cabaran besar dan mendapat perhatian kerajaan,” katanya.

Tambah beliau, JKMR turut akan membawa isu berkenaan kepada jawatankuasa-jawatankuasa di bawah Parlimen serta berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai cadangan mewujudkan Mahkamah Anti Rasuah.

Tambahnya, antara isu lain yang juga dibangkitkan adalah mengenai prosedur dan jaminan penyimpanan barang kes oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diurus tadbir dan disimpan oleh Bank Negara.

“Atau bank bertauliah bagi tujuan mengelakkan barang kes hilang atau dicuri.

“Isu lain adalah ketidakseragaman tindakan dalam penguatkuasaan tindakan dalam menguatkuasakan penggunaan pakaian warna oren kepada tertuduh jenayah rasuah.

“Sesetengah dikenakan baju lokap SPRM warna oren sementara yang lain dibenarkan berpakaian segak kot dan tali leher,” jelasnya.

Berita berkaitan
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
23 jam lalu· Politik
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022· Isu semasa
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022· Politik
Shahrir bayar penuh beli kereta Honda RM118,485 guna cek: Saksi
August 8, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
August 10, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kajian ubah cuti rehat hujung minggu diserah kepada Sultan Johor
20 minit lalu · Isu semasa
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
37 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: DAP pula minta Najib jelaskan layanan istimewa kepada kontraktor
49 minit lalu · Isu semasa
Ada peraturan larang buat kenyataan awam: KP JPA
56 minit lalu · Isu semasa
Saksi utama kes Guan Eng cuti sakit empat hari
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok