Tuan Ibrahim bersama ahli keluarga positif Covid-19

December 26, 2021 · Isu semasa

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu kini sah dijangkiti Covid-19 bersama dengan beberapa ahli keluarganya yang turut positif.

Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan hal itu melalui hantaran di akaun Facebooknya, turut dijangkiti pandemik itu ialah empat anak dan seorang cucunya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana Tuan Ibrahim dan anggota keluarganya mendapat jangkitan tersebut.

Ketika ini katanya mereka sedang menjalani kuarantin kendiri dan memohon doa daripada orang ramai agar semuanya selamat.

“Mohon doa semua. Saya, empat orang anak dan seorang cucu telah disahkan positif Covid-19.

“Kami telah menjalani kuarantin beberapa hari lalu.

“Seorang cucu selamat dilahirkan semalam dan disahkan negatif tetapi ibunya masih ditahan di Hospital Sungai Buloh. Doakan,” katanya.

Untuk rekod pada 22 Dis lalu Ahli Parlimen Kubang Krian berkenaan memuat naik statusnya dalam media sosial berkenaan Covid-19.

Menggunakan gambar yang sama Tuan Ibrahim berkata tiga anak dan seorang cucunya disahkan positif. Mereka juga dipakaikan gelang berwarna merah jambu.

“Mohon doa semua, tiga anak disahkan positif dan cucu kena kena pakai gelang,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok