Trio Singapura ditangkap di Johor selepas dua tahun RM3.17 juta lesap

June 8, 2022 · Isu semasa

Tiga ahli perniagaan Singapura yang dikehendaki berhubung kehilangan kira-kira RM3.17 juta daripada pengurup wang di Johor dua tahun lalu akhirnya diberkas.

The Star hari ini melaporkan bahawa warga Singapura pertama yang ditahan ialah seorang ahli perniagaan berusia 54 tahun, selepas dia menyeberangi sempadan ke Malaysia untuk percutian keluarga beberapa hari lalu.

Memetik sumber akhbar itu melaporkan bahawa pegawai imigresen Malaysia memaklumkan kepada polis selepas lelaki itu menyerahkan pasportnya di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.

Penahanannya membawa kepada penangkapan dua lagi warga Singapura berusia 49 dan 48 tahun yang diburu, dipercayai terbabit dalam kecurian RM3.17 juta pada 2 Mei 2020.

The Star melaporkan bahawa pencarian terhadap lelaki keempat yang dikatakan rakan kongsi jenayah warga Malaysia dan dikatakan melarikan diri ke Filipina bersama isterinya, masih diteruskan.

Ketua Bahagian Jenayah Komersial Johor Amran Md Jusin memberitahu akhbar itu bahawa polis bekerjasama dengan Interpol untuk mencari warga Malaysia yang dikehendaki kerana pecah amanah jenayah.

Menurut laporan berita itu, lelaki warga Malaysia berusia 49 tahun itu bekerja sebagai ‘runner’ untuk pengurup wang Johor Bahru selama lapan tahun dan telah membantu dalam kecurian itu.

Memetik sumber, akhbar itu berkata warga Malaysia terbabit ditugaskan mengangkut wang tunai pengurup wang berkenaan menggunakan kereta kalis peluru milik syarikatnya ke sebuah bank pada hari kejadian.

Lelaki terbabit dilaporkan berpura-pura mengalami sakit dada untuk membawa rakan sekerja dan pengawal keselamatannya pergi dan memandu kenderaan itu ke Danga Bay di mana dia membahagikan wang itu dengan tiga warga Singapura.

The Star melaporkan bahawa warga Singapura berusia 54 tahun itu menghidap penyakit yang serius dan kini diikat jamin selepas polis merekodkan kenyataannya manakala rakan senegaranya berusia 49 tahun dan 48 tahun ditahan reman untuk membantu siasatan.

Berita berkaitan
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
10 jam lalu· Isu semasa
Singapura import ayam dari Indonesia, tambah sumber baharu makanan
July 1, 2022· Dunia
Keputusan kes rasuah bekas Exco Johor ditangguh 7 Ogos
June 26, 2022· Isu semasa
PRU-15 segera supaya UMNO dapat tangani inflasi dengan cekap
June 26, 2022· Politik
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
9 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
12 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
13 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok