Trend kemasukan pesakit Covid-19 ke ICU meningkat

June 16, 2021 · Isu semasa

Trend kemasukan kes Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) menunjukkan peningkatan bermula pada Minggu Epidemiologi (ME) ke 17 iaitu antara 25 April dan 1 Mei lalu hingga ME ke 21 iaitu 23 Mei hingga 29 Mei.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata trend yang sama dilihat berterusan terutama bagi tempoh dua minggu seterusnya sehingga ME ke-23 iaitu antara 6 Jun dan 12 Jun lalu, di mana jumlah pengunaan katil ICU telah melebihi 100 peratus.

Katanya walaupun terdapat penurunan kes baharu harian bagi tempoh dua minggu sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’, kes-kes Covid-19 di ICU masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara.

“Hal ini berikutan kemunculan varian-varian baharu yang mengakibatkan kes-kes dikesan dengan gejala serius (kategori 4 dan 5) dan merosot pada kadar yang lebih cepat.

“Keadaan ini menyebabkan lebih ramai pesakit memerlukan bantuan oksigen dan alat pernafasan khususnya di kalangan golongan rentan seperti warga emas serta pesakit yang menghidap lain-lain penyakit (co-morbidity),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata penggunaan kapasiti ICU yang melebihi 100 peratus ini amat membimbangkan di mana tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal dapat ditempatkan di ICU.

Katanya, penggunaan katil yang melebihi kapasiti ini juga disebabkan oleh keperluan tempoh pemulihan yang lama bagi pesakit-pesakit ICU untuk sembuh disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19 yang serius.

“Secara purata, tempoh rawatan di ICU bagi kategori 4 adalah di antara 14 hari ke 16 hari, manakala bagi pesakit kategori 5 pula, tempoh rawatan di ICU adalah di antara 19 hari ke 26 hari,” katanya.

Bagaimanapun Dr Noor Hisham berkata KKM sentiasa bersiap siaga dengan situasi ini dan antara langkah-langkah yang telah diambil adalah:

  1. Menambah kapasiti katil-katil bagi menempatkan pesakit Covid-19 iaitu sebanyak 11,598 katil di hospital dan 31,861 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Awam khusus dalam merawat pesakit Covid-19;
  2. Menaik taraf kegunaan katil (repurpose bed) di wad biasa kepada katil rawatan pesakit kritikal Covid-19;
  3. Bekerjasama dengan hospital pengajar Kementerian Pengajian Tinggi antaranya Pusat Perubatan di Universiti Malaya, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Universiti Teknologi MARA, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, dan terkini Hospital Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia) untuk menggunakan fasiliti mereka bagi merawat pesakit Covid-19;
  4. Bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam penubuhan Hospital Medan. Setakat ini enam (6) buah Hospital Medan ATM telah dibina di hospital-hospital KKM; dan
  5. Bekerjasama dengan 112 buah hospital swasta khususnya di Lembah Klang bagi rawatan pesakit Covid-19 yang melibatkan sejumlah 1,274 katil wad biasa dan 128 katil ICU.

Bagi memastikan usaha yang telah dijalankan dalam melawan penularan Covid-19 ini tidak sia-sia, KKM memohon kerjasama masyarakat untuk kekal mematuhi norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19, katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok