Transformasi menyeluruh perkasa koperasi, kata PM

March 30, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, transformasi menyeluruh perlu dilakukan terhadap gerakan koperasi bagi memperkasa dan memantapkan peranannya supaya terus mampan dalam menghadapi cabaran abad ke-21 seiring dengan zaman digitalisasi.

Sehubungan itu, katanya, langkah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi membangunkan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 adalah tepat bagi menjadi paksi transformasi kepada gerakan koperasi itu.

“Saya yakin pelan ini akan menjadi pemacu kepada pembangunan koperasi yang lebih progresif dan berdaya asing.

“Ia seterusnya akan menjamin kelangsungan sektor koperasi negara sebagai penyumbang terbesar kepada peningkatan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat di negara ini,” katanya merasmikan TransKoM 2021-2025 di Kuala Lumpur, hari ini.

Pelan itu menggariskan lima bidang tujahan iaitu penerapan nilai kemakmuran bersama, pemantapan sistem perundangan dan struktur governan, pengukuhan bakat dan pembangunan modal insan, pembentukan persekitaran perniagaan mampan dan lestari serta pemerkasaan badan induk dan sistem penyampaian koperasi.

Muhyiddin berkata, pelan itu turut meletakkan 20 langkah strategik dan 36 program serta aktiviti yang akan menjadi pemacu kepada pembangunan koperasi yang lebih progresif dan berdaya saing.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak terbabit dalam pembangunan sektor koperasi, terutama Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Institut Koperasi Malaysia, Angkasa serta gerakan koperasi agar memberi kerjasama dan komitmen padu kepada kementerian dalam melaksana transformasi melalui pelan itu.

“Saya mahu semua 14,668 koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia aktif dalam perniagaan koperasi untuk sama-sama meningkatkan prestasi ekonomi negara. Koperasi yang tidak aktif dan dorman harus bangkit dan bersama-sama menjadi ejen transformasi koperasi negara,” katanya.

Berita berkaitan
MARA ada peruntukan cukup taja pelajar ke luar negara: Mahdzir
August 6, 2022· Isu semasa
Skim subsidi bersasar boleh jimatkan RM20 bilion perbelanjaan negara: MPN
July 30, 2022· Isu semasa
Prestasi ekonomi Malaysia masih kukuh: Jabatan Perangkaan Malaysia
July 28, 2022· Isu semasa
Gabenor jelaskan perbezaan Malaysia dengan Sri Lanka
July 24, 2022· Isu semasa
Popular
Parti liar Janda Baik: Datuk Seri, warga emas antara 25 ditahan
August 11, 2022
Siapa ‘jerung’ di belakang skandal kapal tempur: Rafizi tanya Najib
August 11, 2022
Gerbang iPay88 alami ‘insiden’, data kad pelanggan mungkin terjejas
August 11, 2022
Bekas CEO Astro belum serah aset dikaitkan dengan 1MDB, lapor Utusan
August 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit rendah berbanding dolar AS
6 minit lalu · Isu semasa
Aktiviti pengambilan untung punca Bursa Malaysia dibuka rendah
10 minit lalu · Isu semasa
Rayuan terakhir: Adakah Najib sedang guna strategi baharu?
28 minit lalu · Isu semasa
Aktifkan 2FA elak media sosial peribadi digodam, diambil alih
30 minit lalu · Isu semasa
Jangkitan baharu Covid-19 semalam kekal lebih 4,000, 10 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok