Transaksi tol RFID mulai 15 Januari

January 13, 2022 · Isu semasa

Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mulai 10 malam 15 Januari ini.

PLUS menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menyediakan sekurang-kurangnya satu lorong RFID di semua 83 plaza tol yang terdapat di Lebuhraya Utara-Selatan.

“Pada ketika ini terdapat kira-kira 1.5 juta pelanggan lebuh raya yang telahpun menggunakan RFID Touch ‘n Go untuk membayar tol di kebanyakan lebuh raya lain khususnya di Lembah Klang,” katanya.

Pelekat RFID Touch ‘n Go dijual dengan harga RM35 di pusat pemasangan RFID yang sah di seluruh negara dan juga secara atas talian, tambah PLUS.

Maklumat lanjut berhubung RFID boleh layari laman web http://rfid.plus.com.my.

Berita berkaitan
Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan
November 13, 2023· Isu semasa
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Soalan tumpuan di Dewan Rakyat minggu kelima
November 6, 2023· Isu semasa
Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut ketika cuba bantu mangsa kemalangan
October 20, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok