Trafik keluar KL mula sesak, pastikan kad Touch ‘n Go masih aktif

April 30, 2022 · Isu semasa

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menasihatkan orang ramai yang menggunakan lebuh rayanya untuk memastikan status kad Touch ‘n Go mereka kekal aktif bagi mengelakkan sebarang masalah.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata pelanggan lebuh raya tidak dapat melepasi plaza tol jika mempunyai status kad yang tidak aktif atau tamat tempoh di mana ia boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

“Kami menasihatkan pelanggan yang mempunyai kad Touch ‘n Go yang tidak aktif atau tamat tempoh untuk segera mendapatkan kad yang baharu daripada peruncit dan ejen jualan sah Touch ‘n Go di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memandangkan pelanggan lebuh raya mungkin tidak berpeluang melakukan perjalanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020, kad Touch ‘n Go tidak lagi aktif apabila tiada transaksi tol dibuat dalam tempoh 12 bulan berturut-turut.

Sebagai alternatif, mereka boleh menggunakan MyKad mereka yang turut dilengkapi dengan cip Touch ‘n Go dan boleh ditambah nilai untuk kegunaan di lebuh raya.

Begitu juga ahli kad kesetiaan Watsons di mana mereka mempunyai kad yang juga dilengkapi dengan cip Touch ‘n G, yang boleh digunakan di plaza tol ketika pulang ke kampung.

Bagi kemudahan untuk menambah nilai Touch ‘n Go, PLUS telah menyediakan pusat tambah nilai di R&R terpilih, mesin ATM dan kedai serbaneka di sepanjang lebuh raya PLUS, serta kemudahan lain, termasuk 67 Kiosk Layan Diri (SSK) di plaza tol terpilih.

Sebagai tambahan, terdapat 22 kaunter Touch ‘n Go di stesen minyak terpilih di sepanjang lebuhraya PLUS yang membolehkan mereka membuat tambah nilai tanpa caj.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan tambah nilai Touch ‘n Go, sila hubungi Touch ‘n Go Careline di [email protected] atau layari www.touchngo.com.my.

Orang ramai boleh menyemak status kad Touch ‘n Go mereka di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login sebelum perjalanan pulang ke kampung pada musim perayaan ini.

Sementara itu, tinjauan Agenda Daily awal pagi tadi menunjukkan kesesakan mula berlaku di beberapa plaza tol termasuk di Gombak apabila orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata bagi lalu lintas ke arah utara, kesesakan berlaku dari Hospital Sungai Buloh ke Bukit Beruntung, Bukit Tagar ke Tanjung Malim dan Ipoh Selatan ke Sungai Perak.

Katanya, pergerakan kenderaan juga perlahan dari Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) di Bandar Dalam dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Taman Melawati ke Plaza Tol Gombak terus ke Lentang.

Selain itu, katanya trafik juga mulai perlahan di bahagian selatan seperti dari Putra Mahkota ke Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban, Port Dickson menuju ke Senawang, dan juga dari Ayer Hitam ke Yong Peng.

Katanya, jumlah kenderaan dijangka terus meningkat di lebuh raya utama menuju ke selatan dan utara manakala lebuh raya menghala ke Pantai Timur telah mulai perlahan bermula 2 petang semalam tanpa henti hingga pagi ini.

“Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan serta berhati-hati memandu,” katanya kepada Bernama.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Kenderaan berbaris panjang sebelum melepasi Plaza Tol Gombak menuju ke negeri-negeri di Pantai Timur. – Gambar Agenda Daily

Berita berkaitan
Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan
November 13, 2023· Isu semasa
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut ketika cuba bantu mangsa kemalangan
October 20, 2023· Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok