Trafik di lebuh raya utama seluruh negara meningkat

January 20, 2023 · Isu semasa

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar setakat 9 malam ini walaupun berlaku pertambahan kenderaan berikutan cuti panjang sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik menuju ke utara perlahan dari Bukit Lanjan ke Sungai Buloh susulan kemalangan di kilometer 456.7 menyebabkan kesesakan satu kilometer, lapor Bernama.

Selain itu, aliran trafik juga perlahan dari Tapah ke Gopeng di kawasan mendaki Gua Tempurung dan Ipoh Selatan ke Ipoh Utara.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula berkata aliran trafik perlahan di Skudai menuju ke Senai dan Sedenak ke Simpang Renggam.

Selain itu, aliran trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 perlahan di Karak ke Plaza Tol Karak yang menyebabkan kesesakan dua kilometer serta Bentong Timur ke Karak.

Laluan di LPT 2 dan Plaza Tol Sungai Besi pula lancar di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1-800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman Twitter www.twitter.com/llminfotrafik.

Berita berkaitan
Trafik sesak di lebuh raya utama
May 1, 2023· Isu semasa
Lebuh raya utama seluruh negara masih tinggi aliran trafik
April 24, 2023· Isu semasa
Timbalan Speaker Pahang akui telah disaman dalam gambar tular
February 7, 2023· Isu semasa
Pemandu lori ditahan polis muat naik video fitnah dalam TikTok
February 6, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
3 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
23 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
23 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok