TPM beri amaran jangan rentas daerah, negeri sempena Aidil Adha

July 16, 2021 · Isu semasa

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak cuba merentas daerah atau negeri sempena sambutan Aidiladha minggu depan.

Beliau berkata, kerajaan masih tidak membenarkan rentas daerah dan negeri dalam Fasa Satu atau Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Orang ramai sepatutnya ambil iktibar lonjakan kes wabak Covid-19 selepas sambutan Aidilfitri lalu.

“Ketika itu rentas daerah dan negeri masih belum dibenarkan tetapi ramai yang curi-curi balik ikut lorong tikus dan sebagainya.

“Kalau kita lihat kluster rentas negeri, kluster ini memuncak selepas itu seperti yang berlaku di Terengganu misalnya seluruh keluarga dijangkiti dan ada yang meninggal dunia begitu juga di Kelantan pun sama.

“Jadi saya harap kes itu ia menjadi iktibar walaupun kita pandai nak lari dari sekatan polis untuk balik ke kampung dan boleh lepas daripada polis tetapi mungkin tak lepas jangkitan COVID-19.

“Oleh itu, kita jaga kita dan membuat kawalan kendiri untuk pastikan kita selamat,” katanya selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, hari ini.

Justeru, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan meminta rakyat bersabar dan mengikut fasa PPN yang diumumkan sebelum ini.

“Jika vaksin ini dapat diberikan kepada rakyat dan apabila imuniti kelompok sudah diperolehi pada Fasa Tiga dan Empat, rentas daerah dan negeri akan dibenarkan.

“Tunggulah kerana Fasa Tiga boleh rentas daerah manakala Fasa Empat pula rentas negeri dan bersabarlah,” katanya.

Berita berkaitan
‘Dengan takbir pun takut’
April 22, 2023· Politik
‘Usah panik raya terkejut’
April 16, 2023· Isu semasa
Persatuan lapor polis video muzik Cak Kun Cak Raya Aliff Syukri
April 4, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini
November 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
22 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
22 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok