Total lockdown: Rentas negeri, daerah pasangan jarak jauh tidak dibenar

May 30, 2021 · Isu semasa

Rentas negeri, daerah bagi pasangan jarak jauh tidak dibenarkan lagi dalam tempoh sekatan penuh atau ‘total lockdown’ fasa pertama, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih boleh mengeluarkan surat kebenaran rentas negeri, dan daerah bagi tujuan kecemasan seperti kematian dan keluarga nazak.

“Jadi semua rakyat perlu berkorban!” katanya semasa sidang media khas hari ini.

Sebelum ini kerajaan memberi kelonggaran kepada pasangan jarak jauh untuk merentas daerah atau negeri bagi bertemu isteri atau suami masing-masing.

Dalam pada itu beliau menggesa supaya pasangan jarak jauh melakukan pengorbanan sepanjang tempoh total lockdown.

“Ada yang terpaksa tutup perniagaan, ada yang kena tutup kilang.

“Jadi untuk pasangan jarak jauh (PJJ) , juga perlu berkorban dua minggu ini. Kami buat keputusan untuk tak benarkan pergerakan rentas daerah dan negeri bagi pasangan PJJ,” ujarnya lagi.

Terdahulu Agenda Daily melaporkan aliran trafik sesak di beberapa lebuh raya utama pada 29 Mei lalu, berikutan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung sebelum penguatkuasaan total lockdown pada 1 Jun ini.

Sementara itu, katanya, dengan pelaksanaan total lockdown ini juga, semua surat kebenaran perjalanan untuk bekerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah terbatal mulai 1 Jun 2021.

“Permohonan baru bagi kebenaran perjalanan perlu dikemukakan kepada kementerian-kementerian yang berkaitan.

“Menteri Kanan Kerja Raya (Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof akan mempengerusikan mesyuarat penyelarasan berhubung surat kebenaran pergerakan pekerja esok,” tegasnya.

Dalam pada itu beliau menegur majikan swasta yang didapati memaksa pekerja meneruskan kerja meskipun kerajaan telah memerintahkan hanya 60 peratus dibenarkan bekerja.

“Selepas ini pihak PDRM dan penguatkuasa Kementerian Sumber Manusia akan membuat pemantauan. Tindakan paling tegas perlu diambil kepada majikan yang degil.

“Saya juga berharap pekerja melapor segera sekiranya majikan mereka melanggar arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
Ditipu jualan kereta terpakai dalam FB, wanita rugi RM132,000
June 7, 2023· Isu semasa
Disiasat polis, MB Kedah sedia dokumen 1 beg
June 7, 2023· Isu semasa
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
June 7, 2023· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023· Politik
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok