‘Total lockdown’: Kes 1MDB Najib ditangguh ke 21 Jun

June 2, 2021 · Isu semasa

Perbicaraan membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berdepan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang berkaitan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini, ditangguhkan kepada 21 Jun.

Perbicaraan itu asalnya dijadualkan bersambung semalam (1 Jun), namun ditangguh disebabkan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ selama 14 hari yang bermula semalam.

“Perbicaraan akan bersambung pada 21 Jun di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah sekiranya sekatan pergerakan penuh tidak dilanjutkan,” kata Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib ketika dipetik daripada laporan Bernama.

Peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed dijangka meneruskan pemeriksaan balas saksi pendakwaan ke-10, Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, yang merupakan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, apabila perbicaraan bersambung nanti.

Bekas Presiden UMNO itu yang kini berusia 67 tahun menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Najib yang juga bekas menteri kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM 5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Berita berkaitan
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
1 jam lalu· Politik
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
17 jam lalu· Isu semasa
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
17 jam lalu· Politik
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
23 jam lalu· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
1 jam lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
17 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
17 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
23 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok