‘Total lockdown’: Ekonomi terima tekanan tapi akan pulih, kata pakar

May 29, 2021 · Isu semasa

Pakar ekonomi percaya ‘total lockdown’ sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula Selasa depan (1 Jun 2021) pastinya satu keputusan yang sukar untuk dilaksanakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun mereka yakin sebaik sahaja sekatan dan penguatkuasaan itu tamat momentum ekonomi akan terbina semula dan pulih sedikit demi sedikit.

Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Global, Shan Saeed berkata secara jelas ekonomi menerima tekanan dalam jangka pendek, namun, sebaik sahaja sekatan pergerakan itu tamat, momentum itu boleh dibina semula pada peringkat makro.

“Ini merupakan tukar ganti di antara epidemiologi dan ekonomi. Semua pihak berkepentingan perlu bekerjasama erat untuk memerangi gelombang baharu Covid-19.

“Mendapatkan vaksin adalah satu-satunya penyelesaian untuk mengembalikan semula ekonomi kepada tahap sebelum pandemik Covid-19,” katanya.

Memetik laporan Bernama, seorang lagi pakar ekonomi, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff dari Putra Business School berkata, wujud kebimbangan serta-merta di kalangan individu dan peniaga mengenai impak negatif seperti yang berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.

“Memandangkan PKP sepenuhnya ini akan diteruskan secara berperingkat yang mungkin berlaku kira-kira enam minggu, ia akan memberikan impak negatif kepada ekonomi seperti yang berlaku pada suku kedua 2020 apabila kita mengalami penguncupan KDNK -17.1 peratus.

“Perkara yang sama akan berlaku terutamanya bagi pertumbuhan suku kedua tahun ini. Sehubungan itu, kerajaan mesti melaksanakan satu lagi pelan bantuan fiskal untuk membantu kumpulan yang terjejas,” katanya.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula berkata, dengan mengambil kira kes baharu yang lebih tinggi dan bagaimana ia mungkin memberi kesan kepada kapasiti penjagaan kesihatan kita, wujud keperluan mendesak untuk memutuskan rantaian jangkitan itu secepat mungkin

Mengenai sekatan selanjutnya terhadap aktiviti ekonomi di samping ketidaktentuan sepanjang tempoh penutupan penuh itu, beliau berkata pemulihan ekonomi dijangkakan rendah.

Bagaimanapun, beliau berkata peningkatan terhadap permintaan global diyakini akan terus menyokong sektor ekonomi utama seperti pembuatan, manakala industri perkhidmatan dijangkakan menjadi amat terbatas.

“Memandangkan sektor perkhidmatan menyumbang lebih 50 peratus daripada ekonomi, keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia mungkin tidak berkembang pesat ekoran prosedur operasi standard yang tegas dan pergerakan orang ramai yang terhad,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan malam tadi berkata, sepanjang tempoh penutupan penuh itu, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan Majlis Keselamatan Negara.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok