Tolak kerusi roda mentor, PM ajar Zahid cara hargai jasa cikgu

October 21, 2021 · Isu semasa

Tular dalam media sosial Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak kerusi roda bekas Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan yang juga mentornya, Tan Sri Sabbaruddin Chik.

Perdana Menteri (PM) mengadakan pertemuan dengan Sabbaruddin yang dianggap sebagai cikgunya dalam politik, malah dilantik sebagai Setiausaha Politik Sabbaruddin pada 1995 hingga 1999 pada awal karier politiknya.

Beberapa keping foto yang menunjukkan kemesraan antara Ismail dengan Sabbaruddin itu dikongsi Setiausaha Politik PM, Datuk Anuar Yunus di Facebook.

“Terharu saya melihat bos saya, Datuk Seri Ismail Sabri menyantuni mentornya, Sabbaruddin dalam majlis makan malam semalam.

“Ia menunjukkan bagaimana seorang anak murid yang kini bergelar Perdana Menteri mengenang budi dan jasa mentornya,” katanya di Facebook.

Bagaimanapun, diketahui umum Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga merupakan anak murid kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tular rakaman perbualan mesra antara kedua-dua mereka sebelum ini.

Zahid menggelar Anwar sebagai cikgunya, difahamkan hubungan mesra kedua-dua mereka sejak 1998 semasa Zahid ketika itu menjadi Ketua Pemuda UMNO dan Anwar waktu itu menjawat jawatan Timbalan Presiden.

Sabbaruddin, 80, adalah sifu politik Perdana Menteri yang juga individu yang bertanggungjawab mengangkat Ismail Sabri ke dalam dunia politik.

Pada masa sama, Anuar berkata, PM tidak melepaskan peluang berbincang mengenai senario politik terkini dalam kesempatan bertemu Sabbaruddin.

“Pada pertemuan hampir dua jam itu, mereka berbual pelbagai perkara. Sudah tentu mengenang kisah lama, cerita suka duka dan pahit manis dalam politik.

“Mereka turut berbincang mengenai senario politik terkini termasuk konsep Keluarga Malaysia yang dibawa dalam pentadbiran kerajaan hari ini,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok