TNB tak tawar hadiah wang tunai kepada pelanggan, abaikan ‘e-mel’

August 16, 2022 · Isu semasa

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan kepada orang ramai supaya mengabaikan e-mel yang kononnya dihantar kepada mereka, mendakwa penerima telah memenangi hadiah wang tunai RM195,000 daripada syarikat utiliti nasional itu.

E-mel itu menyebut:

“Tahniah, semasa pembayaran bil elektrik anda untuk TNB, akaun anda telah dipilih sebagai pemenang bertuah RM195,000 kerana anda (konsisten) membuat pembayaran untuk bil elektrik anda.

“TNB ingin mengucapkan tahniah kepada anda sebagai pemenang untuk program pemberian dalam talian 2022 tahun ini.

“Proses pemilihan telah dijalankan melalui pemilihan rawak e-mel dalam sistem elektrik berkomputer kami daripada pangkalan data lebih 300,000 akaun peribadi yang diambil dari semua negeri di Malaysia, di mana anda adalah orang yang paling bertuah untuk memenangi hadiah ini.”

E-mel itu juga menggunakan nama Nazmi Bin Othman sebagai Pegawai Kiriman Wang dan Ketua Kewangan TNB.

Walaupun nama dan jawatannya betul, TNB berkata tiada e-mel sedemikian dihantar oleh Nazmi.

Jurucakap TNB berkata ia tidak menawarkan sebarang hadiah wang tunai kepada pelanggan dan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengklik pautan yang diberikan atau menghubungi nombor telefon bimbit dalam e-mel palsu kerana ia adalah satu penipuan dan berfungsi untuk menggodam telefon bimbit mereka.

“Semua komunikasi melalui e-mel oleh TNB dilakukan menggunakan alamat e-mel syarikat dan bukannya alamat e-mel pihak ketiga seperti Gmail, Yahoo, Hotmail, outlook.my atau mana-mana yang lain.

“Pelanggan TNB digesa menghubungi kami melalui talian rasmi TNB Careline di Facebook dan Twitter untuk mengesahkan sebarang e-mel dan mesej mencurigakan yang diterima melalui WhatsApp atau khidmat pesanan ringkas,” kata jurucakap itu.

Berita berkaitan
Kes penipuan dalam talian meningkat di Johor, jumlah kerugian lebih RM71 juta
September 17, 2023· Isu semasa
Tular kenyataan palsu, PAS kata lawan ketandusan idea
August 1, 2023· Politik
‘Hadiah’ Anwar tidak jamin sokongan peneroka muda : NGO
July 12, 2023· Isu semasa
Surat tular tawaran masuk PKR kepada KJ palsu, kata Fahmi
June 19, 2023· Politik
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
3 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
3 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
23 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok