TMJ nasihat syarat kaum untuk kokurikulum tidak berulang

April 19, 2021 · Isu semasa

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berharap tindakan memisahkan kaum bagi aktiviti ko-kurikulum sekolah di Johor tidak berulang lagi.

Katanya, sekolah adalah tempat memupuk semangat perpaduan antara rakyat Johor, bukan untuk memecahbelahkan rakyat.

“Saya menerima makluman mengenai kejadian di SMK Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat yang melibatkan syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti ko-kurikulum.

“Saya telah bertitah kepada pengetua sekolah dan JPN Johor bahawa kejadian ini tidak patut berlaku lagi dimana-mana sekolah di negeri Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tunku Ismail berkata, tindakan ini tidak selaras dengan Bangsa Johor yang memupuk perpaduan antara kaum di bawah satu identiti untuk semua rakyat Johor.

“Kejadian ini perlu dielakkan untuk mengekalkan kesejahteraan awam dan perpaduan rakyat,” katanya.

Terdahulu Tunku Ismail menerima menghadap Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat, Pegawai Daerah Batu Pahat, dan pengetua SMK Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat.

Berita berkaitan
Kit Siang boleh saman, banyak lagi maklumat akan keluar: Annuar
July 9, 2023· Politik
DAP sasar PAS momokkan pengundi Cina : MCA
July 7, 2023· Politik
PAS dakwa DAP juga main isu 3R, tapi tidak didakwa
July 2, 2023· Politik
Didakwa singgung masyarakat India, penceramah bebas minta maaf
February 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok