TLDM sokong siasat kes kapal tempur, bawa ke muka pengadilan

August 6, 2022 · Isu semasa

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberi sokongan agar sebarang ketirisan dalam projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) disiasat dan selain membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan dengan segera.

Cawangan Komunikasi Strategik Markas TLDM dalam satu kenyataan hari ini berkata sebagai pengguna terakhir, kelewatan pelaksanaan projek in telah memberi kesan negatif bukan sahaja kepada keupayaan tempur armada TLDM, malahan kepada moral warga TLDM yang memerlukan LCS itu bagi melaksanakan tanggungjawab mereka dengan berkesan.

Menurut kenyataan itu, TLDM mengambil maklum dan melihat dari sudut positif terhadap laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai projek perolehan LCS yang dikeluarkan pada 4 Ogos 2022.

TLDM amat mengalu-alukan syor yang dikemukakan oleh PAC dan mahukan hala tuju terbaik bagi projek LCS, kata kenyataan itu lagi.

“TLDM ingin menekankan bahawa perolehan LCS in merupakan perolehan kritikal bagi memelihara kedaulatan dan keselamatan negara.

“Keupayaan tempur yang perlu dimiliki TLDM mestilah sejajar dengan perkembangan landskap keselamatan geostrategik dan geopolitik serantau,” katanya.

Menurut kenyataan itu TLDM amat menghargai keputusan yang dibuat oleh kerajaan untuk meneruskan projek ini.

“TLDM berpandangan ia merupakan keputusan yang tepat dan didorong oleh keprihatinan kerajaan untuk mengutamakan kepentingan kedaulatan negara.

“TLDM ingin menyatakan sokongan agar sebarang ketirisan di dalam projek in disiasat, seterusnya pihak-pihak yang terbukti terbabit dengan perkara ini dibawa ke muka pengadilan seberapa segera.

“Sehubungan it, TLDM ingin menyeru semua pihak agar berganding bahu dan memberikan sokongan terhadap kelancaran pelaksanaan projek in demi memelihara kedaulatan dan keselamatan perairan negara,” kata TLDM.

Semalam, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa sekurang-kurangnya RM890 juta duit rakyat hangus daripada projek kapal Kementerian Pertahanan yang gagal disiapkan mengikut tempoh ditetapkan itu dan bakal membuat siri pendedahan melibatkan tiga pemimpin utama UMNO.

Rafizi menamakan tiga pemimpin UMNO dalam skandal kapal RM9 bilion itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Menteri Pertahanan sekarang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sebelum ini, PAC mendedahkan tiada sebuah punLCS yang disiapkan walaupun kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek itu.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata kontrak projek itu diberikan kerajaan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk membina lima LCS.

Isu berkaitan LCS semakin menarik apabila pada Januari lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan dua ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat susulan penemuan petunjuk baharu dalam siasatan ke atas kontrak perolehan enam LCS oleh BNS.

Laporan yang disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki itu menyatakan individu yang masing-masing berusia 49 dan 79 tahun adalah CEO syarikat yang terlibat dalam projek tersebut dan ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 24 Januari.

Kedua-dua individu terbabit disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran yang dibuat kepada tiga syarikat di luar negara.

Salah seorang daripada mereka juga disyaki menerima rasuah daripada subkontraktor yang dilantik bagi mengendalikan projek tersebut, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.

Sumber itu berkata siasatan kes tersebut tertumpu kepada kesalahan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Pada 21 November lalu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM), Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, membuat laporan kepada SPRM berhubung projek pembinaan enam kapal LCS yang gagal diserahkan mengikut jadual.

Projek bernilai RM9.128 bilion itu dianugerahkan kepada BNS oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dengan RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal tersebut secara serentak.

Untuk rekod, enam LCS kelas Frigat akan dilengkapi peralatan dan sistem untuk peperangan empat dimensi antaranya sistem Surface to Air Missile (SAM), Surface to Surface Missile (SSM), Medium Caliber Gun (MCG), Small Caliber Gun (SCG), Towed Array Sonar (TAS), Torpedo dan juga Decoy Launching System (DLS) yang canggih.

Selain itu, LCS yang diperolehi ini mempunyai reka bentuk stealth yang moden dan bakal memenuhi keupayaan pertahanan abad ke-21. Perolehan ini akan turut mengukuhkan TLDM sebagai sebuah angkatan laut yang kredibel di rantau Asia Tenggara dan antarabangsa.

Berita berkaitan
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
Merungkai putar belit portal berita pro-DAP
January 25, 2023· Rencana
Keputusan kes Najib, Arul Kanda pinda laporan audit 1MDB ditangguh 3 Mac
January 18, 2023· Isu semasa
Petik lagu ‘Hoi, hoi ya hoi’ ciptaan PH, seorang penceramah kini disiasat Jakim
January 6, 2023· Isu semasa
Popular
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
February 5, 2023
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
February 5, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
8 jam lalu · Isu semasa
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
9 jam lalu · Isu semasa
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
9 jam lalu · Isu semasa
Kanser serviks kerap serang wanita muda
17 jam lalu · Isu semasa
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok