Tipu haji: Pengarah syarikat minta dibicara, seorang lagi kena 10 tahun

August 9, 2022 · Isu semasa

Seorang pengarah agensi pelancongan berusia 50 tahun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas pertuduhan mengiklankan pakej haji palsu yang menipu lebih 300 jemaah.

Agus Rizal Mat Ali membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Kamarudin Kamsun pagi tadi.

Dia didakwa mengiklankan perkhidmatan penipuan pakej haji di bawah UC Travel Sdn Bhd, yang mendakwa syarikat itu boleh membuat transaksi perniagaan dan melakukan perjalanan haji ke Makkah tahun ini, di bawah visa furada.

Visa furada adalah visa urus sendiri yang dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa melibatkan kuota Tabung Haji (TH).

Bagaimanapun, agensi pelancongan itu tidak mempunyai lesen pengurusan haji yang sah daripada TH.

Tertuduh yang diwakili Datuk Dhanaraj Vasudevan dan Ho Cheng En didakwa memuat naik iklan itu di laman Facebook syarikat itu pada 9 Mei tahun ini. Dia ditahan pihak berkuasa, bersama empat individu lain pada 7 Julai.

Dia didakwa mengikut Seksyen 27(1)(b) Akta Tabung Haji 1995 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Ishak.

Hakim Kamarudin Samsun memerintahkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dan menetapkan 8 September depan untuk sebutan semula kes.

Seramai 380 jemaah haji ditemui terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 7 Julai lalu. Jemaah haji dilaporkan telah membayar visa furada dengan agensi pelancongan untuk menunaikan haji dan tidak melalui TH.

Polis dilaporkan menerima 132 laporan daripada 336 jemaah haji membabitkan kerugian lebih RM5.6 juta berkaitan penipuan pakej haji yang diiklankan oleh tiga agensi pelancongan dan menahan lima individu bagi membantu siasatan seterusnya.

Sementara itu, di Sungai Petani, Bernama melaporkan seorang pengarah urusan sebuah syarikat dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas 23 pertuduhan berkaitan penipuan pakej umrah ke tanah suci Makkah dan ziarah ke Mesir antara 2015 hingga 2016.

Majistret Arif Mohamad Shariff membuat keputusan itu di Mahkamah Majistret di sini selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah ke atas tertuduh Misbahalmunir Omar, 56.

Mohamad Shariff menjatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan yang keseluruhannya berjumlah 230 tahun namun memerintahkan hukuman itu dijalankan serentak bermula dari tarikh sabitan.

Selain itu, mahkamah mengecualikan tertuduh daripada sebatan memandangkan dia sudah berusia melebihi 50 tahun dan membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara kerana ingin mengemukakan rayuan berkaitan sabitan dan hukuman ke Mahkamah Tinggi.

Mohamad Shariff kemudian menetapkan jaminan RM88,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan tertuduh menyerahkan dokumen perjalanan antarabangsanya untuk disimpan oleh mahkamah sehingga proses rayuan selesai.

Mengikut fakta kes, Misbahalmunir yang ketika itu adalah Pengarah Urusan Syarikat Raudah Mawaddah Travel & Tours Sdn Bhd yang didaftarkan di Jalan Kuala Ketil di sini telah berurusan dengan seorang individu untuk mengadakan rombongan umrah dan perjalanan ke Mesir pada 2015.

Amzari Halim, yang juga pengadu dalam kes itu, merupakan perunding dan mutawwif umrah telah diminta tertuduh untuk memasukkan wang secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan bagi pembelian tiket perjalanan pergi dan balik.

Bagaimanapun, tertuduh tidak memaklumkan kepada pengadu bahawa syarikatnya telah gulung tikar sejak 14 Jan 2015 atas perintah Mahkamah Tinggi Alor Setar dan tertuduh turut meminta pengadu memasukkan wang peserta ke dalam akaun bank milik tertuduh, isterinya serta pekerja-pekerja syarikat itu.

Sebanyak 56 transaksi dilakukan di antara 2 Nov 2015 dan 28 Jan 2016 dengan jumlah RM434,250 membabitkan 202 peserta.

Tertuduh juga telah menghantar jadual perjalanan tiket kesemua peserta kepada pengadu yang menyaksikan penerbangan dijadualkan pada 29 dan 30 Jan 2016.

Bagaimanapun, setelah pengadu dan peserta tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, mereka mendapati kesemua jadual perjalanan tiket yang dibekalkan oleh tertuduh tidak sah serta tidak wujud sebelum membuat laporan polis.

Misbahalmunir telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 26 Jun 2018 atas 23 pertuduhan memperdaya pengadu untuk memasukkan wang yang dikutip daripada peserta terbabit dan dia didakwa melakukan kesemua kesalahan di beberapa lokasi di Kedah, Johor dan Selangor di antara 2 Nov 2015 hingga 28 Jan 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman minimum penjara setahun maksimum 10 tahun serta sebat dan boleh didenda.

Terdahulu, peguam Siti Salwa Jaafar, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli dan Siti Haslina Hasbullah memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana tertuduh sudah berusia selain perlu menyara isteri dan lima anak termasuk seorang yang menghidap autisme.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin dan Galvin Loo Wei Ming pula memohon hukuman setimpal kerana kesalahan tertuduh merupakan jenayah teratur serta sistematik selain melibatkan ramai mangsa termasuk dua daripada mereka sudah meninggal dunia.

Berita berkaitan
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
19 jam lalu· Politik
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
September 27, 2023· Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
September 27, 2023· Isu semasa
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
19 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
20 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023 · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok