Tips kuarantin di rumah, kelengkapan yang perlu disediakan

September 17, 2021 · Isu semasa

Situasi jangkitan Covid-19  ketika ini dilihat membimbangkan apabila sekitar 20,000 kes sehari dilaporkan. Justeru secara tidak langsung orang ramai perlu memantau kesihatan sendiri berikutan fasiliti perubatan yang dilihat semakin sesak.

Ramai pihak mencadangkan agar setiap rumah mempunyai peralatan perubatan asas dalam usaha menyelamatkan nyawa seperti oximeter, portable oxygen cylinder, termometer elektronik dan sebagainya selain beberapa ubatan.

Menurut Pegawai Perubatan Pantai Hospital Penang, Dr. Wildan Azhar Ahmad, bagi mereka yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan, kadang kala simptom ‘Happy Hypoxia’ boleh terjadi dalam keadaan pesakit tidak sedar. Oleh itu, bacaan oksigen yang mulai menurun boleh dibaca lebih awal menerusi pulse oximeter.

“Selain itu, pesakit perlu rajin melakukan ujian ‘Exertional Dyspnoea Test’ dan melihat jika ada pengurangan lebih daripada tiga peratus paras oksigen dari kadar sebelum ujian dibuat. Ujian ini penting supaya tindakan awal boleh diambil oleh petugas perubatan,” jelasnya.

Dalam pada itu, orang ramai memerlukan peralatan kesihatan lain seperti mesin ukur tekanan darah, termometer dan pulse oximeter penting untuk mengetahui keadaan kesihatan semasa.

“Berkenaan portable oxygen cylinder, kebiasaannya kurang diperlukan melainkan pesakit ada masalah kesihatan berkaitan paru-paru yang teruk,” katanya.

Menurut Dr. Wildan, jika seseorang mendapat bacaan tidak normal daripada peralatan berkenaan, ini menunjukkan pesakit mengalami paras oksigen kurang dari 95 peratus  atau pengurangan lebih tiga peratus selepas Exertional Dyspnoea Test.

Selain itu, pesakit mungkin mengalami  tekanan darah rendah atau terlalu tinggi, nadi yang sangat laju

Sekiranya keadaan ini berlaku, segeralah menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat atau terus hubungi 999 jika keadaan anda tidak stabil.

Ditanya tentang pendapat beliau sekiranya setiap isi rumah memiliki kit ujian Covid-19 yang kini sudah dijual, beliau berkata ini satu keperluan.

“Sebab banyak kes yang dilaporkan pada masa ini tidak diketahui sumber jangkitan. Jika anda termasuk dalam golongan berisiko atau risau mungkin terdedah jangkitan, lebih baik untuk melakukan sendiri ujian Covid-19 di rumah sebagai saringan awal.

“Dari segi ubat-ubatan dan makanan tambahan, orang ramai boleh menyediakan ubat demam, batuk, selesema dan sakit badan. Makanan sedia ada sudah memadai, tapi jika mampu untuk membeli multivitamin sebagai tambahan, ia sedikit sebanyak boleh membantu dan tidak menjadi kesalahan,” katanya.

Tambah  Dr. Wildan, bagi mereka yang sudah divaksin, tidak mempunyai masalah kesihatan sebelum ini dan berat badan yang terkawal, risiko untuk mengalami gejala lebih teruk adalah rendah. Namun, perlu sentiasa memantau keadaan diri setiap hari menggunakan peralatan perubatan yang dicadangkan.

“Selain itu, jika pesakit mengalami gejala muntah dan cirit-birit yang teruk serta kurang selera makan atau minum,  anda perlu melaporkan kepada pihak hospital. Ini kerana anda memerlukan penilaian awal sebelum mengalami dehidrasi yang teruk,” jelasnya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bayaran rayuan BPR disalur bermula esok, kata MOF
September 17, 2021
PM putuskan tak perlu mesyuarat khas bahas lompat parti: Wan Junaidi
June 10, 2022
Mas Ermieyati calon Pengerusi PAC
April 3, 2023
Sajat bertaraf pelarian, dapat perlindungan UNHCR di Thailand
September 23, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok