Tinggal 2.8 peratus individu dewasa belum divaksin sehingga semalam

Lebih 22.76 juta atau 69.7 peratus individu berusia 12 tahun ke atas telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sama ada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari lalu hingga semalam.

Sementara itu, 77.2 peratus atau lebih 25.76 juta lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 21,477 lagi menerima dos penggalak, lapor Kementerian Kesihatan menerusi laman sesawang COVIDNOW hari ini.

Secara keseluruhan sebanyak 47,838,886 dos telah diberikan dengan semalam sahaja 115,302 individu lengkap divaksinasi, 16,216 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 2,662 lagi menerima suntikan dos penggalak.

Dalam tempoh sama juga jumlah individu dewasa yang lengkap divaksinasi meningkat kepada 21,960,911 atau 93.8 peratus, manakala 22,745,310 atau 97.2 peratus lagi melengkapkan suntikan vaksin masing-masing.

Hanya tinggal 2.8 peratus sahaja lagi individu dewasa yang tidak divaksin. Keseluruhannya sehingga semalam, lebih 44.56 juta dos vaksin diberikan kepada golongan dewasa di negara ini.

Sementara itu, KKM juga melaporkan 25.6 peratus atau 806,330 remaja berusia 12 hingga 16 tahun telah lengkap divaksin, dan 78.2 peratus atau 2,463,207 lagi menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos.

Sejumlah 3,269,537 dos vaksin telah diberikan kepada remaja sejak program imunisasi remaja dilancarkan 20 September lalu. Semalam sahaja sebanyak 89,897 remaja lengkap divaksinasi, manakala 11,518 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

BERITA BERKAIT
POPULAR