Tindakan tegas terhadap golongan antivaksin akan dipertimbangkan, kata PM

June 4, 2021 · Isu semasa

Golongan antivaksin bakal berdepan tindakan undang-undang sekiranya masih berterusan menghasut orang ramai untuk menolak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin menggesa orang ramai untuk mendaftarkan temujanji suntikan vaksin dan akan berbincang dengan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk mengkaji pelaksanaan program imunisasi secara wajib jika jumlah pendaftaran gagal mencapai sasaran imuniti kelompok.

“Kalau ikut perancangan kita, saya harap kita dapat percepat vaksinasi, yang penting jangan ada orang berkata jangan vaksin.

“Kita tidak mahu separuh daripada orang kita sudah dapat suntikan manakala sebahagian lagi tidak dapat, kerana ini akan membawa kesan,” katanya lapor Bernama.

Awal pagi tadi, Muhyiddin melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang turut disertai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin serta Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Setakat ini hampir 13 juta orang telah mendaftar dan angka itu hanya 50 peratus daripada jumlah keseluruhan yang sepatutnya berdaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Sementara itu, Muhyiddin berkata kerajaan akan mempercepat program imunisasi Covid-19 dalam misinya mencapai imuniti kelompok lebih awal daripada yang disasarkan, antaranya dengan menambah bilangan PPV, baik di bandar ataupun luar bandar.

“Kita juga minta supaya klinik-klinik swasta untuk bersedia bagi membantu kerajaan. Ada 8,000 klinik swasta di seluruh negara. Jadi, jika semua masuk dalam jadual kita, lebih banyak (orang) yang kita akan dapat (berikan vaksin),” katanya.

Selain itu, beliau berkata setakat ini tidak timbul isu ketiadaan stok vaksin di dalam negara memandangkan lebih 100 peratus daripada jumlah yang dirancang pada tahun lepas telah tiba di negara ini, dan jumlah itu dijangka terus bertambah dalam proses mempercepat pemvaksinan penduduk.

Terdahulu, Perdana Menteri dibawa meninjau operasi di PPV MITEC yang mula beroperasi pada 31 Mei lepas dan akan memulakan operasi pada skala besar dengan kapasiti hingga 8,000 penerima vaksin sehari bermula 7 Jun ini.

Berita berkaitan
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
I’m not a fugitive, investigations had political undertones
August 17, 2023· Rencana
Pertuduhan terhadap Muhyiddin berniat jahat, 3 pertuduhan juga harus gugur: Azmin
August 15, 2023· Isu semasa
Jangan beri BN-PH walau 1 undi : Muhyiddin
August 12, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
19 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
19 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023 · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
22 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok