Tindakan sekat Syiah, Mu’tazilah dalam aplikasi al-Quran digital

May 21, 2022 · Isu semasa

Pihak berkuasa, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani penularan pengaruh ajaran Syiah dan mu’tazilah yang dikesan dalam aplikasi digital al-Quran, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Isu Syiah ini jelas di negara kita. Tidak perlu dibangkitkan dan dihangatkan masalah ini. Yang penting apabila keputusan telah dibuat Jemaah Mufti, kita kena terima.

“Jakim atau sesiapa sahaja penguat kuasa, pasti mereka ambil tindakan,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri beliau bersama Perikatan Nasional Larut di Dewan Majlis Daerah Selama, hari ini.

Jakim dilaporkan telah mengesan aplikasi digital al-Quran yang mengandungi penyelewengan atau tafsiran yang menyimpang antaranya merangkumi pengaruh mu’tazilah dan tafsiran berasaskan fahaman Syiah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad dilapor berkata perkara itu hasil dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Bahagian Penyelidikan Jakim pada tahun lepas mengenai penyelewengan pentafsiran dalam aplikasi digital.

Jakim turut mendapati terdapat lebih 500 aplikasi al-Quran dalam Google Play Store dan Apple Store di seluruh dunia.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata baki 60 dari 528 orang tahanan Depot Sementara Imigresen Relau, Kedah yang melarikan diri selepas berlaku rusuhan kecil pada 21 April lepas, masih lagi bebas dan difahamkan berada di sekitar Lembah Klang.

“Apabila dapat jumpa, kita tangkap dan kumpulkan. Jumlahnya kadang-kadang dua tiga orang, kadang-kadang ramai, tetapi jumlah akan capai angka sebenar,” katanya.

Dalam kejadian 4.30 pagi pada 21 April lepas, seramai 528 orang tahanan di Depot Sementara Imigresen Relau, Kedah melarikan diri selepas berlaku rusuhan kecil. – Bernama

Berita berkaitan
PRK DUN Jepak: PN sahkan tak letak calon bertanding
October 18, 2023· Politik
Kerajaan kekal pendiriian tolak LGBT, kata menteri
October 18, 2023· Isu semasa
Diugut SPRM punca MP Kuala Kangsar terpaksa sokong PMX: Hamzah
October 13, 2023· Politik
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
October 3, 2023· Politik
Popular
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok