Tindakan Najib, Arul pinda laporan audit 1MDB adalah perbuatan jenayah, kata saksi

August 12, 2022 · Isu semasa

Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini langkah meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy merupakan satu perbuatan jenayah.

Perkara itu diberitahu Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, Haniff Lami, 34 semasa prosiding perbicaraan dengan menyifatkan perbuatan itu bertujuan melindungi kedua-dua tertuduh daripada diambil tindakan sivil atau jenayah berkaitan perjalanan operasi syarikat itu.

Haniff yang merupakan saksi pendakwaan ke-16 perbuatan tersebut dibuat sebelum laporan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 24 Februari 2016 manakala Arul Kanda didapati bersubahat dengan Najib dalam kes terbabit.

“Tertuduh kedua (Najib) dalam kes ini mengarahkan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tan Sri Shukry Mohd Salleh untuk mendapatkan laporan terbabit dan menyerahkan salinan laporan kepada tertuduh pertama (Arul Kanda) untuk disemak.

“Tertuduh kedua kemudian mengarahkan supaya satu pertemuan dibuat di pejabatnya di Putrajaya pada 22 Februari 2016 di mana ia turut dihadiri Tan Sri Ambrin Buang (bekas Ketua Audit Negara) dan Tan Sri Ali Hamsa (bekas Ketua Setiausaha Negara).

“Dalam pertemuan itu, tertuduh kedua mengarahkan Ali untuk mengadakan mesyuarat penyelarasan antara Jabatan Audit Negara (JAN) dan bekas Perdana Menteri itu bagi membincangkan perkara yang beliau (Najib) tidak berpuas hati dengan laporan dikeluarkan JAN dan untuk laporan itu tidak dicetak hingga mendapat kebenarannya,” katanya dipetik laporan BH.

Haniff memberi kenyataan itu semasa membaca penyataan saksi di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Pasukan pendakwaan diwakili Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Mohamad Mustafa P Kunyalam, manakala Najib dan Arul Kanda masing-masing diwakli peguam, Rahmat Hazlan dan Datuk N Sivananthan.

Haniff juga mendedahkan satu mesyuarat diadakan oleh Ali pada 24 Februari 2016 yang turut dihadiri Arul Kanda, susulan arahan daripada Najib dan hasilnya terdapat pindaan dibuat terhadap laporan membabitkan empat perkara.

Beliau berkata, perkara pertama ialah dua versi penyata kewangan 1MDB berbeza bagi 2014 disusuli perjanjian Country Groups Securities Thailand dengan ACME Time Limited (ACME).

“Dua lagi perkara ialah isu kehadiran Jho Low (ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho) dan isu penangguhan penerbitan Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN).

“Susulan mesyuarat itu, Laporan Pengauditan 1MDB dibentangkan di hadapan PAC pada 4 dan 7 Mac 2016 adalah laporan dipinda susulan arahan tertuduh kedua,” katanya.

Ketika pemeriksaan balas oleh Rahmat pula, Haniff berkata, Najib dan Arul Kanda ditahan masing-masing pada 10 dan 11 Disember 2018 dan mereka dirakam keterangan pada hari tangkapan.

Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan peguam terbabit bahawa versi keterangan tertuduh perlu disiasat secara mendalam bagi menegakkan keadilan.

Rahmat: Saya katakan izin pertuduhan mereka sebelum tangkapan dan rakaman percakapan Arul Kanda?

Haniff: Benar.

Rahmat: Macam mana nak siasat jika arahan tuduh sebelum rakam percakapan?

Haniff: Siasatan sudah dibuat secara menyeluruh.

Rahmat: Siasatan menyeluruh tanpa merakam kenyataan?

Haniff: Najib ada dirakam keterangan sebagai saksi pada 6 Disember 2018.

Rahmat: Empat hari siasatan versi Najib?

Haniff: Betul.

Rahmat kemudian mendakwa bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mengeluarkan arahan pertuduhan sebelum satu siasatan lengkap dan adil diberikan kepada Najib, namun ia tidak dipersetujui saksi itu.

Pada 12 Disember 2018, Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir pengauditan 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan berkenaan bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Perbicaraan bersambung 18 Ogos ini.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok