Timbalan menteri mohon maaf Alphard potong di garisan berkembar

September 28, 2021 · Isu semasa

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Ahmad Marzuk Shaary hari ini memohon maaf atas insiden pemandunya memotong kenderaan lain pada garisan berkembar di Kelantan.

Dalam kenyataan hari ini, kes tersebut sedang dalam siasatan pihak berkuasa dan pemandu yang terlibat juga telah dipanggil untuk diambil keterangan.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu berkata sebagai manusia yang tidak sempurna, dia mengambil tanggungjawab atas teguran yang diberikan dan menjadikan ia sebagai penambahbaikan untuk diri sendiri dan kakitangannya.

“Sekiranya dikenakan hukuman, semoga ia menjadi asbab kebaikan dan penambahbaikan buat beliau (pemandu) dan saya sendiri.

“Biarlah hukuman itu di atas dunia andai dengan sebab itu ia melepaskan kami daripada hukuman di akhirat,” katanya.

Semalam, polis membuka siasatan berkaitan sebuah Toyota Alphard disyaki membawa orang kenamaan melanggar peraturan jalan yang klip video kejadian tersebut tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Superintenden Suhaimi Jusoh berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung dakwaan pelanggaran peraturan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain,” kata

Menerusi klip video itu, kenderaan berkenaan memotong kenderaan di hadapannya di garisan berkembar walaupun terdapat sebuah lori dari arah bertentangan. Kejadian itu juga berlaku ketika jalan tersebut sesak.

Ahmad Marzuk berkata semua manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan, dan perlu ada insan lain yang menegurnya.

“Saya mohon ribuan kemaafan atas isu yang timbul. Semoga peristiwa ini memberi peluang untuk kami terus menjalankan tugas dengan penuh jujur dan berintegriti demi rakyat Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Datang awal ke masjid dan jangan guna kabel, kata Timbalan Menteri
September 18, 2021· Isu semasa
Bukan alasan Covid-19 untuk halalkan pelacuran
April 9, 2021· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
KKM, MOSTI diberi kuasa muktamadkan perolehan vaksin, kata Zafrul
July 28, 2021
Dakwaan kes culik murid di tiga negeri tak berasas, palsu: Polis
September 27, 2022
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok