Timb Menteri Kewangan II beri penjelasan terkait Kertas Pandora

November 2, 2021 · Isu semasa

Selepas dikaitkan dalam pendedahan Kertas Pandora, Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa menjelaskan syarikat luar pesisir yang dikatakan mempunyai penglibatannya tersebut adalah syarikat yang tidak aktif.

Beliau memberitahu tidak menerima atau memasukkan sebarang dana kepada syarikat di British Virgin Islands itu dan aktiviti ketika syarikat berkenaan aktif pula diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Saya ingin ambil kesempatan ini kerana saya juga dinamakan dalam pendedahan Kertas Pandora.

“Saya ingin maklumkan kepada Ahli Parlimen di sini bahawa syarikat yang disebutkan itu adalah syarikat yang tidak aktif, di mana tiada suntikan saham, aset dan tiada deklarasi dividen pun.

“Modal yang ada dalam syarikat itu sewaktu saya di sana adalah di bawah pengetahuan LHDN, di mana cukai ke atasnya telah pun dibayar,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Gudang (Pakatan Harapan), Hassan Abdul Karim mengajukan soalan berhubung dakwaan kira-kira 1,500 rakyat Malaysia membawa keluar wang berjumlah RM1.8 trilion ke pusat kewangan luar pesisir seperti Singapura dan British Virgin Islands antara 2004 hingga 2014, seperti didedahkan dalam Kertas Pandora.

Dalam pendedahan Kertas Pandora sebelum ini, wujud rekod sulit milik 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir, turut menyebut beberapa nama ahli politik negara, termasuk Yamani Hafez.

Yamani Hafez disebut sebagai antara pengarah syarikat Great Ocean Consultants di British Virgin Islands antara 2013 hingga 2015.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok