Tiket pesawat mahal, pelajar IPT mungkin tak pulang mengundi

October 29, 2022 · Isu semasa

Ketika hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tinggal 20 hari lagi, ramai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), sama ada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi atau Kementerian Pendidikan (KPM), mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk mengundi buat pertama kali.

Walaupun sebelum ini KPM memberi cuti bermula 17 November hingga 21 November untuk mereka pulang bercuti, hasrat itu mungkin terpaksa dilupakan kerana isu tambang dan tiket penerbangan terlalu tinggi, selain jadual kekerapan pengangkutan awam darat.

Menurut tinjauan yang dilakukan Awani hari ini (29 Oktober 2022), pelajar IPT di Semenanjung yang mahu pulang ke Sabah mahupun Sarawak, isu utama adalah tambang penerbangan pergi balik ke kampung halaman.

Menurut pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Johari Julkipli yang bakal mengundi di Ranau, Sabah, dia mendakwa hasratnya untuk mengundi nanti mungkin terpaksa dilupakan kerana kekangan kewangan disebabkan kos penerbangan yang terlalu tinggi.

“Sebentar tadi saya ada semak harga, harga sekitar RM1,000 dan ke atas untuk pergi dan pulang, pastinya sukar untuk kami sebagai pelajar ini.

“Mungkin dengan kekangan berkenaan, hasrat saya untuk tunaikan tanggungjawab terpaksa saya lupakan,” katanya.

Sementara itu, bagi pelajar IPT di Semenanjung yang mahu pulang ke negeri-negeri lain, isu kekerapan bas yang tidak banyak menjadi isu mereka untuk pulang.

“Dari aspek harga tiket kita bolehlah sediakan kerana tidak semahal tiket penerbangan.

“Tapi jadual kekerapan bas pula jadi isu utama. Banyak destinasi kami sudah tanyakan, tiketnya sudah habis dijual,” keluh pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Haikal Suhairi yang bakal pulang ke Negeri Sembilan kelak.

Masalah yang dihadapi itu sedikit sebanyak menjejaskan keterujaan mereka untuk mengundi buat kali pertama.

Bagi Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA, Al-Iman Zaidi, ia dapat diselesaikan sekiranya pihak berwajib mempermudah cara untuk mereka pulang mengundi.

“Saya mengharapkan ihsan pihak berwajib mahupun universiti untuk memudahkan cara bagi pelajar pulang ke kawasan mengundi.

“Kami semua teruja untuk mengundi, namun dengan kekangan ini ia menghalang daripada kami untuk memilih calon wakil rakyat bagi kawasan kami,” jelasnya.

Berita berkaitan
Muhyiddin sangkal fitnah kaitkan dengan MYAirline
October 18, 2023· Isu semasa
SPR tetapkan 2 Disember bagi PRK Kemaman, anggaran kos RM3.5 juta
October 17, 2023· Politik
Tarikh penting PRK Kemaman akan dibincang dalam mesyuarat SPR pada 17 Okt
October 11, 2023· Isu semasa
Jemput pelajar tahfiz ke konsert, Fadhli bidas penganjur tak sensitif
August 29, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
15 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
23 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
23 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
7 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok