Tiga remaja ditahan tarik seluar pelajar perempuan sedang tidur

September 19, 2022 · Isu semasa

Tiga pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama penuh ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kejadian cuba menanggalkan seluar dipakai pelajar perempuan di sebuah sekolah berasrama penuh di Kedah, Khamis lalu (15 September 2022).

Ketiga-tiganya memberi alasan kepada warden yang melakukan rondaan di asrama perempuan, pada awal pagi Khamis lalu, lapor media tempatan hari ini.

Bagaimanapun, mangsa yang juga pelajar Tingkatan Satu membuat laporan polis sambil mendakwa pada hari kejadian dis sedang tidur di lantai bilik asrama sebelum terjaga apabila berasa ada orang menarik seluarnya.

Media memetik sumber sebagai berkata remaja perempuan itu dalam laporan polis dibuatnya mendakwa kejadian terbabit berlaku pada 2.30 pagi dan dia yang terkejut apabila seluar ditarik terus terjaga daripada tidur.

“Ketika itu, pelajar perempuan berkenaan memberitahu yang dia ternampak seorang lelaki tidak dikenali yang kemudian terus bersembunyi bawah katil di sebelahnya,” katanya.

Sumber itu dilaporkan berkata mangsa yang masih dalam keadaan terkejut turut melihat seorang lagi lelaki berada bawah katil sama dengan lelaki yang menarik seluarnya sebelum itu.

“Bimbang identiti mereka terbongkar sekiranya mangsa menjerit atau membuat kecoh, dua pelajar lelaki berkenaan terus berlari keluar dari bilik asrama itu.

“Namun, tindakan mereka melepaskan diri itu gagal apabila ditahan warden yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan asrama terbabit,” katanya.

Menurutnya hasil pemeriksaan mendapati semua yang ditahan warden itu terdiri daripada tiga pelajar lelaki Tingkatan Dua dan mereka dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan asrama pelajar perempuan.

“Semua pelajar terbabit kemudian mendakwa yang mereka berada dalam bilik asrama perempuan ketika itu kerana mahu mengambil barang.

“Bagaimanapun, alasan diberikan tidak masuk akal dan pelajar perempuan yang mendakwa ditarik seluar ketika tidur oleh kumpulan pelajar lelaki itu tampil membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.

Berita berkaitan
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
KPM jalin kerjasama dengan kumpulan pelbagai latar belakang, kata Radzi
September 24, 2022· Isu semasa
Bajet 2023: KPM harap kadar baharu RMT bantu pelajar susah dipertimbang
September 23, 2022· Isu semasa
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
September 26, 2022
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
7 jam lalu · Isu semasa
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
8 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
8 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
9 jam lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
7 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok