Tiga remaja antara lima ditahan kes culik bayi 9 bulan di Bukit Mertajam

August 25, 2022 · Isu semasa

Lima individu termasuk tiga remaja ditahan berhubung kes penculikan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan bulan dari sebuah pangsapuri di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, pada Selasa (23 Ogos 2022).

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah Asisten Komisioner Tan Cheng Shan berkata suspek ditahan di dua lokasi berbeza dalam serbuan pada hari sama kejadian dilaporkan.

“Bertindak atas laporan polis yang dibuat oleh ibu bayi itu di balai polis Bukit Tengah, sepasukan anggota polis menahan tiga suspek berusia 14 hingga 18 tahun ketika serbuan di sebuah pondok di Machang Bubok kira-kira jam 11.50 malam Selasa,” katanya pada sidang media di ibu pejabat polis Seberang Prai Tengah hari ini (25 Ogos).

Tan berkata susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Kulim, Kedah kira-kira tengah malam dan menahan seorang wanita, berusia 43 tahun serta suaminya berusia 30 tahun.

Bayi itu diselamatkan dari rumah berkenaan, katanya menurut media tempatan hari ini.

Beliau berkata suspek ditahan atas dakwaan menculik bayi itu daripada pengasuhnya yang berusia 65 tahun kira-kira jam 5 petang Selasa.

Dalam kejadian itu, bayi perempuan berkenaan didakwa dibawa oleh suspek berusia 14 tahun yang juga cucu pengasuh.

Ibu mangsa, Farisha Amirah Zainal, 24, mendapat tahu tentang penculikan itu apabila dia pergi ke pangsapuri pengasuh di Bukit Tengah untuk mengambil anaknya, Noor Raisya Mohamad Rahimi.

Dia kemudian diberitahu oleh pengawal keselamatan pangsapuri bahawa suspek melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki motosikal sambil memegang bayi itu.

Suspek telah direman empat hari sehingga Sabtu (27 Ogos) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Berita berkaitan
Kes hutang dipercayai punca ahli perniagaan diculik dalam Vellfire putih
September 30, 2022· Isu semasa
Ejen produk kosmetik yang diculik berjaya diselamatkan: Polis
September 30, 2022· Isu semasa
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
9 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
10 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
11 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
11 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok