Tiga rakan didakwa membunuh dalam kes tembak di Bukit Bintang

May 13, 2022 · Isu semasa

Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah hotel di Bukit Bintang, pada minggu lepas.

T. Muniswaran, 49; S. Katharavello, 52; dan Mohd Zulbihar Ali Khan Kamaldin, 48, didakwa bersama-sama membunuh S. Prabah, 49, di sebuah bilik di Hotel Capitol, Jalan Bulan, Off Jalan Bukit Bintang di sini, pukul 6.05 petang hingga 6.40 petang pada 3 Mei lepas, menurut laporan Bernama.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga mereka mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia dan tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Phulrani Kaur, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan mangsa ditemukan maut dengan kesan tembakan di dahi dalam kejadian di sebuah bilik hotel di Bukit Bintang sejam selepas dia mendaftar masuk.

Berita berkaitan
Polis siasat penganjur perhimpunan solidariti Muhyiddin di Putrajaya
March 11, 2023· Isu semasa
Tembak isteri sehingga maut, seorang anggota polis direman tujuh hari
March 6, 2023· Isu semasa
Kamera badan dapat tingkat integriti anggota keselamatan, kata menteri
February 25, 2023· Isu semasa
Bekas isteri dalam kejadian tembak warga Malaysia di Betong ditahan
February 18, 2023· Dunia
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
22 minit lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
4 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok